Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Sunday, 24 April 2016

Salam,

Apa kau buat bila mimpi kau ada depan mata tapi kau tak boleh miliki.
Kau nangis?
Kau tak buat apa-apa.
Kau doa mohon diterima.
Kau usaha tapi tak pasti kesannya.

Kau si 'extraordinary'

#akumasihsetia? #naa 

Monday, 18 April 2016

Apa erti 'negara orang'?

Salam,

Hari ini merupakan hari pertama 'rural placement' saya. Tahun ini saya ditempatkan di Wingham. Sebuah perkampungan kecil tidak jauh(20 minit pemanduan) dari pekan Taree. Walau bagaimanapun, saya terpaksa menginap di pekan Taree disebabkan tiada penginapan yang bersesuaian di perkampungan kecil Wingham. Maka dengan itu, saya terpaksa berulang-alik Taree-Wingham setiap hari. Untuk yang belum pernah sampai, Wingham memang sebuah perkampungan kecil. Sebuah pasaraya, stesen minyak, dua barisan kedai yang dihuni oleh sebuah klinik, makmal ujian perubatan, farmasi, dua buah kedai runcit, sebuah kedai menjual daging(tidak halal) dan dua tiga buah kedai-kedai kecil menjual barangan buatan sendiri. Itu sahaja yang ada di perkampungan ini. 

Pemandangan di sekitar kampung ini amat menarik dan mendamaikan. Penduduk tidak begitu ramai. Kebanyakannya adalah petani, penternak, pengusaha kecil dan peladang yang mengusahakan tanah masing-masing. Amatlah sukar bagi saya untuk hidup di sini memandangkan tiada sumber halal yang dijual di perkampungan ini. Maka dengan itu, saya terpaksa membeli barangan mentah halal di pekan Taree untuk dibuat bekalan mengisi perut.

Di sini memang tiada penduduk muslim selain Hauzan Muttaqin. Maka jangan haraplah nak disediakan menu khas untuk saya di kedai makan atau 'cafe'. Menu makanan laut kebanyakannya agak mahal, boleh menjangkau $13 satu pinggan, lebih kurang RM45 satu hidangan. 

Hidup di sini memang mengajar saya erti berdikari. Bukan sahaja kena pandai memasak, tapi kena bersedia untuk mengubah resepi mengikut bahan-bahan yang terhad. Selain itu, kena pandai menguruskan diri dari segi penyediaan makanan dan pembahagian masa. Ini kerana, saya terpaksa menyediakan bekalan makan tengah hari untuk dibawa ke kampung Wingham sewaktu saya menjalani 'placement' di sana.

Apa pun, ini semua pengalaman bermakna buat saya. Banyak saya belajar untuk hidup sendiri. Maklumlah, dah tak lama nak ke fasa seterusnya dalam hidup. Kepada sesiapa yang ingin menguji kemahiran hidup berdikari, bolehlah datang ke sini atau mana-mana kawasan pedalaman Australia. Suasana yang tenang akan buatkan anda lebih fokus dengan diri sendiri.

p/s: Perkampungan Wingham ini tidak mempunyai liputan internet mahupun talian telefon bagi pengguna selain talian umum Telstra(Telekom Malaysia). Malang bagi saya yang merupakan pengguna Vodafone Australia. Memang terpaksa 'roaming' sewaktu di sini. Anda boleh bayangkan sendiri betapa dalamnya kawasan ini sehingga saya terpaksa 'roaming' biarpun masih di negara Australia.

#naa #ruralplacement #medico #survivalskills 

Sunday, 10 April 2016

Your Body is Wonderland

Salam,
Hey Kau,
Selalu memandangku,
Selalu mengejarku,
Apa sebenarnya
yang kau mahukan...

2016.
Memang tak pernah aku bayangkan bahawa aku akan hadapi sekali lagi saat sebegini. Setelah satu demi satu berakhir, yang tinggal hanya yang pasti. Namun belum benar-benar pasti. Ada alasan kuat disebalik permintaan aku untuk segera. Aku memang yakin bahawa yang segera itu dapat menghalang aku daripada melalui perkara seperti ini sekali lagi.

Suka? Aku lebih kepada buntu. Jika sebelum ini 'nekad' yang aku gunakan, tapi aku sedar bahawa nekad manusia itu tiada nilainya dibandingkan dengan 'takdir'.

Tapi kali ini berbeza. Tanpa ada latar belakang cerita, tanpa ada perasaan untuk mula. Tapi ia datang bagai angin laju tiba-tiba menghukum pantai. Laju sungguh hingga tidak sedar apa yang berlaku. Laju sungguh sampai aku sendiri kelu mengiring waktu.

Mohon benteng asal yang aku bina tidak roboh, jentera cinta lalu masih kukuh, angan dan impian lampau masih utuh.

Sekian,

#sajamerapu
#naa #hm




Sunday, 31 January 2016

Bersediakah kita?

Salam,
Tahun ini saya terpaksa berpisah dengan sahabat seperjuangan. Here in Newcastle, there are more than three clinical schools to choose from. Different school offers different teaching style and obviously different environment. Initially, we planned to be placed in the same school but Allah certainly has something else planned for us. Maka dengan itu, kami terpaksa berpisah dan saya terpaksa mencari ahli rumah yang baru bagi menggantikan rakan-rakan saya yang berpindah ke tempat lain.
Untuk pengetahuan semua, kadar sewaan rumah di sini amatlah mencanak tingginya. Kadar sewaan dikira secara mingguan. Untuk rumah 3 bilik dan 2 bilik air boleh menjangkau harga $385-$400 seminggu. Rumah 'not furnished' dan tidak termasuk bil penggunaan(air, elektrik dan caj-caj lain). Oleh itu, cara terbaik untuk menjimatkan wang adalah dengan berkongsi rumah dengan ramai orang. Sebelum ini kami tinggal berempat dan kadang-kadang berlima. Memang jimat. Tapi kena ada tolak ansur yang tinggi. Ada yang akan bermukim di ruang tamu dan ada yang tidak akan mempunyai bilik sendiri. Itu atas toleransi masing-masing. Secara kasarnya, saya membelanjakan 57% elaun yang diberikan untuk sewa rumah, bil penggunaan dan tabung rumah(untuk kelengkapan dapur dan lain-lain). Walau bagaimanapun, saya masih bersyukur kerana diberikan wang elaun untuk hidup di sini. Biarpun perlu berjimat cermat mengikat perut, tapi tak perlu gusar tentang kewangan kerana setiap bulan memang wang akan diberikan( terima kasih MARA dan terima kasih kerajaan Malaysia ).

Berbalik semula kepada hal tadi. Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan PhD dalam bidang kejuruteraan elektrik, Mr. I. Sebenarnya saya sudah lama mengenali beliau, cuma sebelum ini beliau tinggal bersama dengan keluarganya di sini. Namun begitu, disebabkan tahun ini beliau bakal menamatkan PhD beliau, maka keluarganya pulang terlebih dahulu dan beliau akan menyusul kemudian sebaik sahaja selesai menghantar kerja-kerja PhD beliau. Beliau datang menawarkan diri untuk menjadi ahli rumah kami. Jadi, sekarang kami bertiga. Saya, kawan saya dan Mr.I. Maka kamipun duduklah bersama dengan gembiranya. Seorang dapat satu bilik. Bayaran sewa tak perlulah diceritakan. Boleh fikir sendiri berdasarkan penerangan saya sebentar tadi. =)

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah betapa berbezanya kehidupan seorang individu yang sudah berumah tangga berbanding yang belum berumah tangga biarpun kedua-duanya memegang status sebagai seorang pelajar. Saya amat kagum dengan cara beliau membawa dan menguruskan diri beliau. Saya berikan beberapa situasi supaya kita mudah untuk memahami.

1) Beliau sangat teratur.
Ini perkara yang paling jelas sekali saya lihat. Sebelum ini saya tinggal bersama dengan rakan-rakan yang sebaya. Memang rumah bujang tak payah cakap lah. Saya kategorikan rumah saya sebagai masih elok. Kemas, bersih cuma jarang sekali teratur. Mungkin sebab masing-masing tiada masa untuk memikirkan hal rumah(alasan...hehe)
Situasi ini jelas sekali berubah dengan kehadiran Mr. I. Rumah kami kemas, dapur sentiasa bersih, kasut tersusun rapi, sampah sentiasa dibuang, kain lapik kaki sentiasa ditukar dan dibasuh, tandas rumah sentiasa bersih dan barang-barang sentiasa tersusun. Jangan terkejut kalau saya katakan Mr. I merupakan individu yang memastikan semua yang di atas ini berlaku. 
Kalau dulu, kami banyak menjaga bilik dan ruang masing- masing lebih daripada memberi perhatian kepada 'common areas'. Pada kami, kalau kemas pun, nanti akan ada individu yang datang dan semakkan semula( tapi jangan sangka buruk pula. rumah kami masih terbaik bagi kategori rumah bujang lelaki. Kalau tak percaya boleh tanya orang-orang Newcastle. =) )

Pengajaran:
1) Saya rasa apabila kita mula memasuki alam keluarga, banyak perkara yang kita kena rajinkan diri untuk laksanakan. Pertama, sebab kita akan jadi contoh pada anak-anak. Kedua, sebab kita ada tanggungjawab untuk pastikan rumah tangga kita selesa dan selamat.
2) Mungkin disebabkan Mr. I telah beberapa tahun bergelumang dalam aktiviti membantu isteri menguruskan rumah tangga, maka beliau tidak rasa kekok meneruskan aktiviti yang sama biarpun tidak lagi duduk bersama keluarga.

2) Beliau sangat disiplin dan sangat menjaga waktu.
Saya kagum apabila melihat pengurusan masa beliau. Terbaik! Beliau seolah-olah ada jadual waktu melekat dalam kepala beliau biarpun tiada kelihatan jadual waktu melekat di dinding bilik beliau. Beliau tahu pada waktu sekian, apa yang patut dilakukan dan selepas itu apa pula yang perlu dilaksanakan. 'Time management' beliau tersangatlah memberangsangkan. Bukan sahaja hal keduniaan, malah hal-hal akhirat juga beliau sudah mempunyai 'habit' tersendiri. Solat sentiasa awal waktu. Tatkala kedengaran azan daripada 'software' komputer/telefon bimbit, anda akan nampak kelibat beliau berjalan menuju bilik air. Selepas solat, beliau akan luangkan masa menelaah dan membaca Al-Quran. Setelah selesai semua, beliau akan setia dihadapan komputer ribanya untuk menghabiskan 'thesis' dan 'paperwork' beliau.

Pengajaran:
1) Melihatkan kewibaan beliau menguruskan diri, tidak hairanlah beliau sampai ke tahap PhD. 
2) Sebagai seorang ayah, saya yakin beliau perlu sentiasa menguruskan waktu dengan baik. Sebab masa beliau bukan lagi hanya untuk diri beliau, malahan perlu diagihkan dengan baik untuk anak-anak dan keluarga.
3) Kawalan diri itu amat penting jika kita mahu berjaya dalam apa jua kerja buat kita.

3) Beliau seorang yang prihatin
Setiap kali beliau menyediakan makanan untuk diri beliau, tidak pernah beliau lupa untuk menawarkan atau mengajak ahli rumah yang lain untuk menjamah makanan bersama-sama. Walaupun sedikit makanan yang ada, beliau akan tetap berbuat demikian. Berbeza dengan kita sebagai pelajar bujang. Acap kali kita kisahkan perut kita terlebih dahulu tanpa menghiraukan sahabat kita. Dah makan ke, ada makanan ke, semua itu tak penting bagi kita asalkan perut kita dipenuhi. Kalau ada lebihan makanan, baru kita tawarkan pada sahabat kita.(Tak semua pelajar bersifat demikian, tapi ada sesetengah yang begitu. Rakan-rakan saya yang sebelum ini menjadi ahli rumah ini juga tidak bersifat demikian, alhamdulillah) 

Pengajaran:
1) Sekali lagi kita lihat bagaimana alam keluarga itu mendidik beliau untuk bersifat lebih 'considerate' (prihatin) dengan orang lain.
2) Islam juga mengajar kita untuk sentiasa ambil tahu hal jiran tetangga dan sahabat.

Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur diberi peluang untuk tinggal bersama dengan individu yang mantap biarpun baru sebulan. Memang banyak perkara yang saya belajar sebagai persediaan menempuh alam baru tidak lama lagi. Sebagai anak muda, memang naluri untuk melangkah ke alam seterusnya itu sentiasa berkobar-kobar, tapi mungkin inilah yang ingin ibu bapa saya terapkan sebelum mereka yakin saya benar-benar bersedia menempuh alam tersebut. Apapun, perubahan dan persediaan itu perlu dilakukan awal yakni sebelum kita masuk ke alam tersebut. In syaa Allah, saya akan sentiasa memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik sebelum saya menempuh alam yang baru tidak lama lagi.

Terima kasih kepada Mr. I untuk pengajaran hidup yang tidak ternilai harganya.

Segala yang saya nukilkan ini adalah pendapat dan pengalaman saya sendiri. Tiada kena-mengena dengan mana-mana individu dan tidak mewakili pendapat mana-mana pihak. Situasi hidup kita berbeza, maka ada yang saya sampaikan ini mungkin benar dan mungkin juga kurang tepat.
Nukilan ini juga tidak berniat untuk memburukkan ahli rumah saya. Mereka adalah individu mantap dari segenap aspek. Tetapi kehadiran Mr.I ternyata lebih memberi gambaran tentang kehidupan akan datang dan perkara inilah yang ingin saya kongsikan bersama. Mohon tidak tersalah faham. =)
p/s: Dua ahli rumah saya yang berpindah masih lagi 'single'. Kalau nak tahu 'insight' mengenai mereka boleh hubungi saya. Dua-dua modal insan terbaik abad ini. =)

#mara #newcastle #countingdays  

Monday, 2 November 2015

Serah pada Allah

Salam,

Hidup sebagai manusia buatkan kita banyak takut perkara tak berlaku as what we planned. 
Semakin membesar kita, semakin banyak perkara akan datang bermain-main saat kepala diletakkan atas bantal sebelum lena. 
Sebab itu ramai manusia yang kemurungan(depression) suka jadikan tidur sebagai remedy.
Namun ada juga manusia yang terlalu banyak memikirkan sampai tak boleh tidur.
Walau apa pun simptom kemurungan kita, sebagai penganut agama yang syumul(Islam) kita ada penyelamat dunia akhirat. 
Ramai yang tak sedar akan kewujudan perkara ini sebab pertolongan dariNya tidaklah bersifat zahir(takde duit jatuh segenggam dari langit, takde makanan tersedia saat kita balik). Tetapi pertolonganNya kadang-kadang melebihi jangkauan pemikiran kita. Pendapatan sikit sahaja, tapi mampu sara anak bini dan gembirakan keluarga.
Ini semua miracle(kata orang putih) yang ada pada pertolonganNya.

Tak kisahlah kau pelajar, emak, pekerja, hatta boss sekali pun pasti ada gusar yang menjelma di hati.
Termasuklah aku.
Gusar tu macam-macam benda lah.
Paling kau gusar bila melibatkan hidup kau sendiri dan orang yang kau sayang.
Ini memang buat kau takleh tidur.

Tapi macam kita dah bincang tadi. Serah pada Allah lah.
Macam zaman kita nak SPM dulu. Kita guna method D.U.I.T
Doa,Usaha,Istiqamah dan Tawakal
Jadi, sampai kau besar pun tawakal la kepada Allah saat kau telah laksanakan tugas mu.
Moga-moga Allah bantu kau sebaik mungkin.

p/s: nak bagi Allah makbul kena la buat berulang kali dan istiqamah. Baru nampak kesungguhan kita. Setakat minta sekali, pastu tak makbul, kau dah terus give up. Itu bukan penganut yang baik. Dengan Allah ni takde istilah give up. Sebab biar saat keberapa pun hidup kita, itu pergantungan kita. Yakni pada Dia

 

Monday, 5 October 2015

HES Placement


Salam,

I am excited to share with you my first day experience that I can't wait till the end of the week. My day started with me reporting myself at 8 am local time at Hospital Sultanah Bahiyah. Got my ID card done for me to get access to the whole hospital(which is great!). Then I was asked to go to the medical ward and meet Medical Officer in charge since they are having ward round in the morning. The ward round goes like usual. Very lengthy and tiring since I have to stand for the whole time. I came across this lady with severe COPD and also Chronic Kidney Disease. The doctor was explaining to me on how the lady got admitted and her situation at the moment. So all her medical history got stuck in my head since she was the first patient I got to see. Then my day continue like usual. A break was a relief that I got at 1pm. I grabbed a quick lunch and return at 2pm.

The ward round continues after 2pm and the doctor/specialist tried their very best to discharge any stable patients since the hospital is running out of bed and currently there are 24 new cases waiting to be admitted into the ward.
(which surprises me since its the biggest hospital in town and yet they still run out of bed for patient. But that is not the climax yet. continue reading...)

At around 4pm, the Medical Officer called me to bed 33 since he wanted to show me how pleural tap is done(they put a needle at the patient's back to drain the fluid in the patient's lungs). I was really excited for a chance to observe that procedure. Few minutes later, I heard someone is yelling at the other side of the ward. And I saw few doctors and nurses rushed to the other side of the ward. Then, a random man appeared in the cubicle I was at and screamed,"Housemen! There's a patient collapse at bed 19. Move your a** out from here!"(that is the exact thing that he said). My feet were stuck as the chaos continued. Then he asked me with his loud voice,"why are you here?!". I said to him I am a medical student doing elective placement. He then reply,"Go now to bed 19!"

I quickly ran to bed 19 without knowing what I am expected to do. I saw the housemen all wearing gloves and mask. I grabbed one for me and put those on. The first patient that I saw early in the morning was the one at bed 19. There are almost 20 people in the cubicle including me. It was a very chaotic situation. There were staff nurses, housemen, doctors and some other nurses doing practical there. I just stood there and watched as they did CPR for the patient. The patient had zero respond while the doctor kept asking the nurses to give more adrenaline to save the patient's life. I can hear the family members on the other side of the curtain crying and calling their relatives to come quickly. It was a very intense situation that makes this a worthy thing to tell you.
Honestly , I feel like watching Grey's Anatomy in live action. It feels so surreal!. Luckily, the patient survived and breathing but not responsive. So they had to put her on ventilator.

I will update you later on my progress.

Cheers,
Hanif
 
p/s: weekly email to my supervisor

Sunday, 26 July 2015

General Practice Placement

Salam,

Tiga minggu meluangkan masa dengan doktor di klinik kesihatan benar-benar membuka mata dengan situasi semasa masalah masyarakat. Antara pengajaran hasil daripada pemerhatian dan muhasabah sendiri disenaraikan di bawah:

1) Pengorbanan ibu memang tiada tandingan. They will do whatever they have to just to take care of their children( berhenti kerja, cuti tanpa gaji, bangun malam, kerja lebih masa untuk mengumpul wang, bergaduh dengan 'partner' dan macam-macam lagi)

2) GP atau doktor di klinik terkadang sudah berubah pekerjaan menjadi pegawai kebajikan masyarakat. Sometime they just want someone to listen to their problem

3) Apa jua pekerjaan, anda boleh pilih samada mahu menjadi pekerja jujur amanah bertaqwa atau pekerja malas hipokrit opportunistic. Saya beruntung diberi peluang menghadiri dua 'pratice' yang berbeza. Seorang doktor yang telah lama berkhidmat, tahu selok belok sistem kesihatan dengan mantap dan opportunistic. Apa sahaja peluang memperolehi wang memang akan dikaut. Baik pengesahan sijil kematian($110 per certificate), long consultation ($108), nursing visit (allowance) dan macam-macam lagi. Itu belum lagi hadiah daripada syarikat farmaseutikal kerana menggunakan produk mahupun khidmat mereka.
Sebaliknya, seorang lagi penuh tawadhu' dalam berkhidmat, mematuhi etika dan amat jujur. Tidak pandai mengambil kesempatan ke atas peluang yang ada mahupun yang terbentang depan mata. Aplikasi 'hand washing' yang diajar sejak hari pertama masuk 'medical school' tidak pernah diabaikan. Sentiasa jujur dengan pesakit. Mengenakan caj pada yang perlu sahaja. Terlalu banyak sifat murni yang ada dalam diri beliau.
Walau apa jua keadaannya, memegang 'title' doktor itu memang membuatkan masyarakat menghormati individu tersebut regardless of how 'dirty' they are in practicing.

4) Sistem kesihatan Australia lebih mantap berbanding kita. Tidak dinafikan Malaysia sedang ke arah tersebut, tapi masih banyak lompong yang ada untuk kita perbaiki. Baik dari segi 'primary care' mahupun hospital. Apa pun, saya tetap yakin dengan negara saya Malaysia!

5) Medicine is definitely a never ending learning process. Doktor yang dah berkhidmat 30 tahun lebih masih merujuk buku perubatan sebaik sahaja pesakit keluar daripada bilik beliau. Ini bukan menandakan doktor tersebut 'incompetence' sebaliknya beliau mahu memastikan khidmat yang beliau berikan adalah yang terbaik dan mengikut garis panduan.

Saya senaraikan lima dahulu. In shaa Allah saya akan senaraikan lagi di masa akan datang.

p/s: Bila 'shadow' doktor wanita, pesakit yang datang pun dengan hal-hal wanita. Hari-hari mengadap 'bahagian' yang sama pun boleh jadi 'boring' juga. =P