Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Tuesday, 23 August 2011

Ramadhan Berlalu

Salam

RAMADHAN dah menjangkau umur pengakhiran...Pilu hati aku tatkala aku memikirkan tentang hal ini.Benar, kata orang RAMADHAN disajikan dengan kemeriahan SYAWAL sebagai balasan perjuangan kita.Tapi, aku belum puas berjuang.Masih banyak musuh dalam diri aku yang perlu aku musnahkan dengan senjata RAMADHAN.Tahun depan, insyaAllah aku masih lagi berpeluang untuk bertemu RAMADHAN.Tapi suasananya mungkin berbeza.Berpuasa di negara orang bukan satu kebiasaan bagiku...Mungkin aku boleh menyesuaikan diri dengan mengamalkan puasa sunat untuk melatih diriku, namun tiada lagi suasana RAMADHAN di negara sendiri.Kemeriahan bazar, keasyikan dan kemerduan suara imam mengimamkan taraweh, kesunyian qiamullail dan macam-macam lagi..semuanya bakal berbeza...mujurlah ISLAM agama yang menyatukan...tiada perbezaan dalam ISLAM..biarpun berlainan tempat, lokasi, warna kulit, bangsa dan apa jua sekalipun..AGAMA ISLAM tetap dijunjung..Harapan aku moga-moga RAMADHAN kali ini pergi dengan membawa cukup bekalan aku untuk akhirat.Juga aku harapkan tarbiah bulan mulia ini berkekalan hinggan RAMADHAN akan datang.InsyaALLAH..

Selamat menyambut hari raya buat semua

Ini bukan satu kepastian

Salam,

Masa yang diluangkan bersama bukan satu jaminan yang anda akan bersama dengan seseorang itu buat selamanya.Allah Maha Berkuasa.Kalau perpisahan yang Allah tentukan, maka akan berpisahlah dua insan itu walaupun tempoh perkenalan mereka menjadi taruhan.Nampak macam kejam juga bila difikirkan dari perspektif ini.Tapi jangan kita bimbang,sesungguhnya Allah itu tidak kejam, malah Dia Maha Penyayang.Minta dan pohonlah padaNya, nescaya Dia akan kabulkan.Memang benar, tempoh perkenalan yang panjang itu boleh dijadikan sandaran bagi sesuatu perhubungan.Kata orang, boleh kenal hati budi dan lebih kuat chemistry yang wujud.Namun bagiku, segalanya di tentukan oleh Allah.Walau kenal berpuluh tahun sekalipun, kalau dia bukan jodoh kita, dia tetap bukan milik kita.

Oleh itu, marilah kita sama-sama panjatkan doa, moga-moga apa yang kita impikan itu dapat dicapai dan dimakbulkan oleh Allah..Amin..=)

Sunday, 21 August 2011

Jauh

Salam,

JARAK,  bukan satu penghalang
JAUH,     bukan bermakna ini pengakhiran
JANJI,     hanya itu bekalan masa depan
RISAU,    sentiasa dan sepanjang masa
RINDU,    jauh di mata, namun di hati jangan
REDHA,    pasti ada hikmahnya
KECEWA,barang yang lepas jangan dikenang
UJIAN,      memang itu yang terpaksa diharungi
HARAPAN, tinggi lagi dari gunung-ganang

Selamat Berjaya di negara orang...Jaga Diri ye..=)

Thursday, 18 August 2011

bersediakah anda?

Salam, 

Piala Malaysia dijadualkan bakal berlangsung pada 6 september ini .Semua pasukan yang bertanding telah memulakan LATIHAN PUSAT masing-masing bagi menguatkan pasukan mereka.Malah ada pasukan yang sudah mula mencuba strategi yang dirancang melalui perlawanan persahabatan antara negeri. Persoalannya, bersediakah anda untuk menghadapi demam Piala Malaysia musim ini. Walaupun masih berbaki hampir dua minggu lebih, namun semangat dan iltizam pemain, jurulatih serta peminat membuatkan kehangatan dan bahang saingan ini sudah mula dirasai...

Namun, keadaan tampak berbeza di rumah aku. Walaupun situasi LATIHAN PUSAT tetap sama, namun tujuan latihan itu adalah berbeza. Aku juga sedang giat menjalani LATIHAN PUSAT bagi menyiapkan diri aku untuk menghadapi 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN. Saingan kali ini tidak kurang hebatnya apabila aku mendapat tentangan hebat daripada PASUKAN NAFSU yang merupakan 'defending champion' selama 11bulan yang lalu.Matlamat aku kali ini ialah memastikan tempat di final untuk merebut PIALA MALAM LAILATUL QADAR. Piala ini merupakan piala paling berprestij dalam arena ibadah dan menjadi idaman setiap pemain bergelar hamba-Nya. Setakat ini aku sudah memastikan tahap fizikal aku mantap dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan memastikan kesihatan tubuh badan aku di tahap yang terbaik sebelum aku menghadapi saingan piala kali ini. Tidak dilupakan juga persiapan mental yang turut memainkan peranan penting sewaktu perlawanan berlangsung. Antara latihan yang aku lakukan termasuklah solat sunat, tadarus dan bersedekah. Latihan-latihan seperti ini bertujuan untuk menyiapkan mental aku supaya lebih fokus terhadap saingan kali ini.


Menurut jurulatih aku Pn Hashimah, kejohanan kali ini tidak boleh dipandang remeh kerana pemenang bakal mendapat PIALA LAILATUL QADAR di samping berpeluang memegang gelaran juara selama 1000 BULAN. Kata beliau lagi, walaupun menerima pelbagai cabaran di awal musim lalu, namun beliau optimis yang anak didik beliau mampu untuk memberikan persembahan terbaik sewaktu kejohanan berlangsung nanti.
Kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti saingan PIALA LAILATUL QADAR musim 2011.=)

Wednesday, 17 August 2011

Program 6P Ramadhan

Salam...

Bukan kerajaan je yang ada program 6P..aku pun dah melaksanakan program 6P untuk RAMADHAN
  1. pendaftaran- aku mula mendaftar pada 1 RAMADHAN yang lalu.
  2. pemutihan-  InsyaAllah, selepas RAMADHAN, aku bakal menjadi putih bersih hasil penyucian dosa
  3. pengampunan- sememangnya bulan RAMADHAN ini mmg dikhaskan untuk memohon ampun
  4. pemantauan- bulan RAMADHAN juga menjadi pemantau tetap bagi ibadah aku untuk bulan2 yang lain
  5. penguatkuasaan- setelah aku mendidik diriku dalam bulan RAMADHAN ni, tibalah masa untuk aku menguatkuasakan segalanya dalam bulan2 yg lain
  6. pengusiran-  moga2 aku dpt mengusir segala anasir jahat dan mungkar daripada diriku

kebebasan yang aku pinta

Salam,

sempena bulan kemerdekaan negara yang aku cintai ini, teringin juga nak berkias mengenai kebebasan.tapi kali ini aku tak mahu berbicara tentang keamanan sejagat mahupun pemberontakan pengganas, cukuplah sekadar aku membicarakan keamanan dan pemberontakan yang wujud dalam jiwa aku. usia kini yang mula menjengah 20-an ternyata memberi satu tamparan hebat buatku..jika dahulu aku bingung tatkala melihat anak2 muda melaungkan kata2 kebebasan..entah apa yang mereka inginkan..kebebasan jenis bagaimana yang mereka perjuangkan..tapi kini aku mula mendapat idea dan intisari perjuangan mereka..mmg pada saat ini jiwa dan nafsu keremajaan itu akan melodak dan membuak2 demi menegakkan sesuatu yang diperjuangkan..

sukar juga nak mengawal rasa ini.namun apa yg aku lakukan ternyata berkesan buat sesetengah keadaan..masih ingt lagi satu ceramah agama yang mengingatkan aku tentang kekuatan seorang insan..sesungguhnya kekuatan insan itu bukanlah pada hebatnya dia di medan perang, tapi sejauh mana dia mampu mengawal kemarahan..elemen marah yang membara ini seperti API, justeru sudah tentu ianya datang dari makhluk ALLAH yang diciptakan dari api..kata orang, bila tgh marah, ubah la posisi anda.kalau tgh berdiri, duduklah...bagiku tips ini berkesan pada sesetengah tempat dan keadaan je mengikut level kemarahan aku..tetapi, yang paling berkesan adalah sewaktu aku beristighfar dan berwudhuk..tatkala air melalui muka, mmg rasa seperti satu kebakaran besar telah berjaya dipadamkan....ternyata kemarahan itu boleh dikawal sebenarnya,cuma kene pandai and tahu caranya..

harapan aku, moga2 aku tak lagi menjadi insan yang mudah untuk dikawal makhluk api itu..dan aku juga akan menjadi insan yang kuat ketahanan dirinya unutk mengawal perasaan marah ku...
=)

ASAK dalam kenangan...

Salam...
post ini sebagai merumuskan apa yang telah aku perolehi sepanjang bersama majlis berbuka puasa ASAK yang lalu. hari yang penuh barakah lalu sgt bermakna buat aku apabila aku berpeluang sekali lagi untuk mengimbau kembali kengan lampau hidup di zaman persekolahan...lokasinya seperti biasa Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa...Sekolah yang banyak menyimpan memori dan kenangan indah aku di sana.

Walaupun hanya sementara saja bersama rakan2, namun banyak yang sempat aku kongsikan memamndangkan taun hadapan aku sudah bakal menjejakkan kaki ke negara orang..oleh itu aku mengambil peluang untuk beramah mesra dgn sahabat dan ahli ASAKyang lain yang juga merupakan senior2 aku pada zaman sekolah dahulu..banyak kata2 perangsang dan semangat serta pujian yang diberikan padaku dgn harapan mereka aku dpt membawa nama baik sekolah ke negara tersebut...Aku juga berpeluang menemui 'abg' aku pada waktu sekolah dahulu..dia merupakan idola aku, walaupun kini aku telah mampu untuk menandingi dia..namun inspirasi dan ketokohan yang ada pada beliau tetap menjadi sanjungan buatku..

Seperti biasa, aku sempat berjumpa dgn guru2..perkara biasa yang dibualkan...tentang keadaan sekarang dan masa depan...masa di SMSSMJ banyak dihabiskan dgn berbual mesra dgn sahabat karib ku SYAFIQ dan juga sahabat2 rapat yg lain...bergelak ketawa, beramah mesra dan mcm2 lagi..rasa sgt gembira..sampaikan aku langsung tidak merebahkan badanku malam itu...kami juga sempat sahur bersama2 sebelum subuh menjelang tiba...selepas subuh..kami meluangkan sedikit masa untuk memancing di tasik keramat SMSSMJ bersama2 penggemar aktivit memancing UZAIR (BOCAI)..pengalaman yang sukar aku lupakan bersama rakan2..

harapan aku agar ukhwah yang kami jalinkan selama ini tidak mudah luntur walau apa jua memisahkan kami samada jarak masa mahupun status...semoga nama SMSSMJ kekal di dalam lubuk hati kami..dan semangat untuk kembali berbakti kepada sekolah kami akan sentiasa mekar dalam sanubari kami...kepada rakan2 batch 0408..teruskan berjuang dalam apa jua bidang..aku doakan kejayaan anda semua...
Hidup Mat Jiwa....=)

Risau

Salam,
hari ini dah separuh bulan Ramadhan...corong radio dan skrin televisyen sudah pun bertukar tema Hari Raya...
tapi jauh di lubuk hati aku, tak terasa nak beraya pun..
  • Pertama, aku merasakan Ramadhan kali ini kurang dgn amalan...mungkin aku perlu gandakan lagi
  • Kedua, aku gusar kerana kurang sebulan lagi aku bakal ditinggalkan...=(

Walau macam mana sekalipun keadaannya, aku tetap gembira bagi pihak si dia...berjaya meneruskan pelajaran ke negeri orang bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai..
Tahniah dan selamat berjaya aku ucapkan...=)

Pertemuan

Salam,