Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Thursday, 18 August 2011

bersediakah anda?

Salam, 

Piala Malaysia dijadualkan bakal berlangsung pada 6 september ini .Semua pasukan yang bertanding telah memulakan LATIHAN PUSAT masing-masing bagi menguatkan pasukan mereka.Malah ada pasukan yang sudah mula mencuba strategi yang dirancang melalui perlawanan persahabatan antara negeri. Persoalannya, bersediakah anda untuk menghadapi demam Piala Malaysia musim ini. Walaupun masih berbaki hampir dua minggu lebih, namun semangat dan iltizam pemain, jurulatih serta peminat membuatkan kehangatan dan bahang saingan ini sudah mula dirasai...

Namun, keadaan tampak berbeza di rumah aku. Walaupun situasi LATIHAN PUSAT tetap sama, namun tujuan latihan itu adalah berbeza. Aku juga sedang giat menjalani LATIHAN PUSAT bagi menyiapkan diri aku untuk menghadapi 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN. Saingan kali ini tidak kurang hebatnya apabila aku mendapat tentangan hebat daripada PASUKAN NAFSU yang merupakan 'defending champion' selama 11bulan yang lalu.Matlamat aku kali ini ialah memastikan tempat di final untuk merebut PIALA MALAM LAILATUL QADAR. Piala ini merupakan piala paling berprestij dalam arena ibadah dan menjadi idaman setiap pemain bergelar hamba-Nya. Setakat ini aku sudah memastikan tahap fizikal aku mantap dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan memastikan kesihatan tubuh badan aku di tahap yang terbaik sebelum aku menghadapi saingan piala kali ini. Tidak dilupakan juga persiapan mental yang turut memainkan peranan penting sewaktu perlawanan berlangsung. Antara latihan yang aku lakukan termasuklah solat sunat, tadarus dan bersedekah. Latihan-latihan seperti ini bertujuan untuk menyiapkan mental aku supaya lebih fokus terhadap saingan kali ini.


Menurut jurulatih aku Pn Hashimah, kejohanan kali ini tidak boleh dipandang remeh kerana pemenang bakal mendapat PIALA LAILATUL QADAR di samping berpeluang memegang gelaran juara selama 1000 BULAN. Kata beliau lagi, walaupun menerima pelbagai cabaran di awal musim lalu, namun beliau optimis yang anak didik beliau mampu untuk memberikan persembahan terbaik sewaktu kejohanan berlangsung nanti.
Kepada anda, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti saingan PIALA LAILATUL QADAR musim 2011.=)

No comments:

Post a Comment