Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Monday, 16 September 2013

MYSUN: Antara amanah dan bahana

Salam,

Pertama sekali aku ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa MYSUN atas usaha dan dedikasi mereka untuk memastikan Malam Kebudayaan Malaysia 2013 menjadi realiti.


Nukilan ini aku garapkan sebagai 'post-mortem' diri aku sendiri selaku Naib Pengerusi MYSUN. Jauh sekali di hatiku untuk menyebelahi atau mendiskriminasi mana-mana pihak, sebaliknya nukilan ini memang tulus datang dari hati aku sendiri.

Mengapa MYSUN?
Aku mulakan 'post-mortem' ini dengan menjelaskan penglibatan aku dalam MYSUN pada tahun ini. Perkara pokok yang ingin aku nyatakan ialah, aku ini gemar menjadi 'pencetus perubahan' atau 'reformasi'. Melihatkan kepada ramai kalangan pelajar di sini yang kurang berpuas hati dengan pembawaan MYSUN, maka aku mengambil keputusan untuk masuk sebagai ahli jawatankuasa. Dengan harapan, segala ketidakpuasan hati pelbagai pihak itu dapat aku terjemahkan sebagai satu perubahan baru yang dapat meningkatkan lagi kualiti dan reputasi MYSUN selaku wajah dan imej Malaysia di Newcastle.



Perubahan?
Saban tahun pelbagai cerita aku dengar daripada pelbagai pihak. Aku terima dan catat segala teguran daripada pelbagai pihak ini supaya kelak, apabila kuasa dan jawatan berada di tanganku, suatu perubahan dapat aku jelmakan. Tapi anda harus ingat! Sesuatu perubahan tidak boleh dilakukan secara terlampau drastik dan tidak boleh terlampau perlahan.
Berdasarkan apa yang aku dengar, (tolong betulkan jikalau ada kekhilafan pada fakta ini) pernah terjadi satu peristiwa yang benar-benar meruntuhkan kepercayaan orang ramai pada MYSUN. Bermula saat itu, MYSUN mula hilang pengaruh dan sokongan. Salah siapa semua ini?!!.
Aku pecahkan kepada dua: 
  • Pertama, sudah semestinya kesilapan pemimpin ketika itu. Betapa beliau berani dan tidak peka terhadap sensitiviti semua pihak dengan membawa masuk elemen-elemen sebegitu.
  • Kedua, aku letakkan juga kesalahan ini pada komuniti yang ada pada ketika itu. Kerana kita yang mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin kita. Kenapa biarkan pemimpin sebegitu rupa merajai komuniti kita dengan perkara-perkara yang jauh dari apa yang kita inginkan.

Maka, mengambil kira segala kejadian yang pernah berlaku ini, aku berazam untuk tidak lagi mengulangi semua ini. Dengan cara, aku pastikan aku ada kuasa untuk mengatakan TIDAK pada setiap perkara yang aku dan majoriti tidak setujui.

Bagaimana MYSUN sekarang?
Aku dapat katakan begini. Bermula daripada tampuk pemerintahan lepas (yakni sebelum Pengerusi sekarang memegang jawatan), aku dapat rasakan perubahan yang cuba dilakukan. Tahniah kepada Mantan Pengerusi MYSUN. Walaupun tidak begitu major pada mata sesetengah pihak, tapi beliau layak menerima tabik hormat atas keberanian dan kesediaan beliau untuk memenuhi kehendak semua pihak.
Bagaimana dengan sekarang?
Sebagai orang dalam, biar aku dedahkan apa yang berlaku dalam pentadbiran MYSUN sekarang.
Pertama, perlantikan "Mr. A" sebagai pengerusi adalah merupakan satu langkah yang bijak. Sebagai seorang yang mengenali beliau hampir 4 tahun, pernah semeja dengan beliau sewaktu di kolej dan berada dalam tahun yang sama di Newcastle, aku memang kenal amat dengan karakter dan pembawaan beliau. Minggu pertama kami mendapat jawatan dalam MYSUN, aku dipanggil oleh beliau dan kami duduk berbincang selama hampir 5 jam. Apa intipati perbincangan kami? Tidak lain tidak, bagaimana kami mahu jadikan warga Malaysia di sini lebih bersatu, bagaiman kami boleh memastikan segala ketidakpuasaan hati didengari dan diambil tindakan dan bagaimana kami boleh memastikan setiap warga Malaysia rasa bangga menjadi Malaysia biarpun berada di tanah air orang lain.
Malah banyak lagi perkara picisan yang turut kami bincangkan. Ini menunjukkan betapa Mr.A adalah seorang yang proaktif dan mempunyai visi tersendiri.
Maka, kami mula meletakkan semua ini sebagai sasaran kami tahun ini. Kami telah mencuba beberapa mekanisme yang kami rasakan perlu. Walaupun ada satu atau dua mekanisme yang kami rasakan mustahil untuk dicapai,namun kami positif dalam menjalankannya. Mungkin tidak jelas di mata anda semua kerana mekanisme yang kami laksanakan ini kebanyakkannya bersifat akar umbi. Sebagai contoh, peraturan kelab, penglibatan "Malaysia tulen" atau "pure Malaysian" dalam ahli jawatankuasa, penetapan aktiviti dan beberapa garis panduan setiap aktiviti. Tujuan kami ialah, biarpun berubah tampuk kepimpinan, namun garis panduan itu adalah tetap dan tidak boleh disangkal lagi. Kerana garis panduan itu adalah yang akan menjadikan MYSUN lebih Malaysia.

Berjayakah kami?
Mari kita sama-sama perincikan.

Pertama, ahli jawatankuasa.
Seawal perlantikan dibuat, "Mr.A" sudah menghubungi beberapa orang Malaysia yang berkaliber untuk dipanggil memegang portfolio dalam MYSUN. Beliau sendiri yang menghubungi setiap individu yang beliau rasa layak memegang jawatan. Malah beliau juga membuka peluang kepada mana-mana Malaysia yang rasa diri mereka layak untuk bersama dalam barisan kepimpinan MYSUN 2013. Namun 'outcome' yang kami terima memang mengecewakan. Ramai benar rupanya 'jaguh kampung' dalam komuniti ini. Tidak kurang juga ramai yang 'rabung di belakang tabir, tapi kecut di hadapan khalayak'. Masa semakin suntuk. NUSA perlukan nama ahli jawatankuasa sebelum tarikh tutup penyertaan kelab tiba. Barisan kepimpinan MYSUN masih belum muncul tiba. Pada waktu itu kami cuma mempunyai "Mr.A, Mr.H, Ms.A, Mr.V, Mr.Y" sebagai ahli jawatankuasa dan juga merupakan 'pure Malaysian' seperti apa yang kami inginkan. Maka tiada jalan lain. Kami perlu mencukupkan senarai ahli jawatankuasa. Disinilah kami mula membuka peluang kepada golongan yang bukan 'pure Malaysian'. Dan akhirnya lengkaplah ahli jawatankuasa MYSUN 2013.
Namun begitu, aku bersyukur pada Allah. Kerana di pertengahan jalan, Allah membuka hati dua orang insan 'pure Malaysian' untuk datang dan menawarkan diri sebagai ahli jawatankuasa. Biarpun mengikut peraturan NUSA, bilangan ahli jawatankuasa MYSUN telahpun mencukupi, tetapi kami tetap berusaha untuk memasukkan dua orang insan ini ke dalam MYSUN atas sebab mereka adalah 'pure Malaysian' dan itu merupakan kriteria yang kami utamakan. Mereka adalah Ms. F dan Mr. J. Kemasukan mereka telah memberikan nafas baru kepada kami untuk lebih me-Malaysian-kan MYSUN dari segenap aspek.
Jadi salah siapa sekarang?  Salah kami kerana membenarkan 'orang luar' masuk, atau salah anda kerana tidak berani menampilkan diri. Mungkin alasan tidak layak boleh digunakan. Tapi kalau rasa tidak layak, jangan pula dengan sendiri melantik diri anda sebagai pengkritik belakang tabir. Tampilkan diri dan sama-sama kita kritik apa yang salah.

Kedua, garis panduan aktiviti.
Bagi mereka yang sudah dua tahun lebih berada di Newcastle, anda sudah semestinya muak dengan aktiviti yang dianjurkan MYSUN seperti "Games Night" dan lain-lain. Mengapa? Hal ini kerana, permainan yang dijalankan langsung tidak melambangkan Malaysia dan penuh dengan maksiat (kata sesetengah pihak). Sebab itulah ramai pelajar yang tidak mahu menyertai aktiviti yang dianjurkan MYSUN. Kerana bagi mereka, MYSUN tidak peka pada sensitiviti sesetengah pihak. Selaku pelajar yang sudah dua tahun di sini, memang saya setuju. Malah masalah ini bukan sahaja berlaku dalam MYSUN, sebaliknya berlaku juga dalam kebanyakan persatuan pelajar Malaysia yang lain di seluruh NSW.  
Apa pendekatan kami kali ini? Saya harus memberikan kredit kali ini kepada Mr.V selaku 'event manager'. Biarpun mengikut kepercayaan yang beliau pegang, beliau tiada masalah pada sensitiviti seperti ini. Namun beliau masih lagi peka dan proaktif dengan semua ini. Aku masih ingat sewaktu merancang aktiviti untuk "Games Night" tahun ini. Perkara yang terpacul dari mulut beliau adalah mengenai sensitiviti pergaulan lelaki dan perempuan. Itu membuktikan betapa beliau peka dengan keadaaan dan masalah sekeliling. Walaupun aku akui, aktiviti yang kami jalankan juga tidaklah begitu menarik, tetapi kami berjaya mengurangkan malah membanteras terus aktiviti yang memerlukan pergaulan rapat lelaki dan perempuan (in shaa Allah saya akan perincikan lagi mengenai isu ini dalam 'post-mortem' Malam Kebudayaan Malaysia 2013 nanti)

Ketiga, penetapan aktiviti
Sudah menjadi lumrah dan budaya masyarakat disini pada setiap majlis perlu diadakan "after party" sebagai menyambut usaha keras ahli jawatankuasa dalam menjalankan sesuatu program. MYSUN juga terkena tempias budaya itu. Namun begitu, tidak ramai yang bersetuju dengan budaya seperti ini. Ini jugalah yang menjadi salah satu faktor hilangnya kepercayaan MYSUN oleh sesetengah pihak. Maka, pihak kami mengambil langkah proaktif dengan menetapkan bahawa "after party" adalah haram mengikut peraturan baru yang kami tetapkan. Jika masih ada ahli jawatankuasa yang ingin melaksanakan "after party"(memandangkan MYSUN mempunyai ahli jawatankuasa yang bukan 'pure Malaysian"), ianya mestilah dijalankan di tempat lain daripada program tersebut diadakan dan mestilah tidak langsung mengaitkan nama MYSUN bersama dengan "after party" tersebut. Itulah garis panduan baru yang telah kami tetapkan dan dipersetujui oleh Tuan Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa. Selain itu, alkohol dan sebarang perkara memabukkan juga dilarang tegas dalam mana-mana aktiviti di bawah seliaan MYSUN. Perkara ini juga dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa. 
Maka, dengan penetapan garis panduan baru inilah anda dapat lihat bahawa aktiviti MYSUN tahun ini lebih 'bersih' daripada semua anasir tersebut.

Secara kesimpulannya, dapatlah saya katakan bahawa, pihak kami selaku tampuk kepimpinan MYSUN yang baru telah sedaya upaya mencuba untuk melakukan perubahan seperti ramai pihak inginkan. Namun begitu, sokongan daripada pihak anda adalah amat kami perlukan. 
Aku rasa pelik melihat segelintir daripada kita yang takut untuk bersuara demi kemaslahatan kelab tersebut. Sedangkan itu kelab Malaysia. Dan kita ini adalah Malaysian. Sepatutnya kitalah yang menentukan arah tuju kelab tersebut tanpa membiarkan orang luar bermaharaja lela. Sebaliknya, kita pula yang takut bersuara, dan lebih rela melihat kemusnahan dilakukan dan hanya mampu menjadi 'jaguh kampung' dengan mengkritik di belakang tabir.

(Analogi mudah: MYSUN sebagai negara Malaysia. Takkan kita sanggup membiarkan orang luar memerintah negara kita sesuka hati. Sedangkan kitalah rakyat yang sepatutnya menentukan arah tuju negara kita. Seteruk mana pemimpin yang kita ada, sekurang-kurangnya dia adalah 'orang kita' yakni orang Malaysia.)
 
MYSUN adalah kelab kita selaku rakyat Malaysia. Kenapa kita sanggup melihat orang luar masuk dan menghuru-harakan kelab kita tanpa ada sekelumit rasa ingin menyelamatkan kelab ini. Jika rosak kelab ini, sudah tentu nama Malaysia yang tercalar.

Saya dengan rendah diri menyarankan agar sama-sama kita kembalikan kegemilangan kelab ini. Marilah bersama saya, kita jadikan MYSUN sebagai lambang kesatuan rakyat Malaysia di Newcastle biarpun berlainan agama, bangsa dan warna kulit.

Saya mohon maaf andai ada kesilapan fakta di sepanjang nukilan saya. Juga mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Ini memang tulus datang dari hati.

Nantikan komentar saya mengenai Malam Kebudayaan Malaysia 2013. Saya punyai perspektif tersendiri dari kaca mata Naib Pengerusi dan anda bebas menyokong mahupun membangkang.

Sekian,
Hauzan Muttaqin
Naib Pengerusi MYSUN 2013

Monday, 5 August 2013

Rezeki Allah?

Salam, 
Aku ada satu kisah yang masih segar. Baru sahaja berlaku pada diri aku sebentar tadi. Memang penuh pengajaran. Maka aku memutuskan untuk berkongsi kepada sesiapa sahaja yang menjadi pembaca nukilan ini. Baca dan ambil lah pengajaran berdasarkan pemahaman sendiri.

Kisahnya begini...

Setelah hampir sebulan dapur tak berasap, teringin juga ingin mencuba bakat memasak. Kali ini puding roti jadi pilihan dan roti john menjadi pilihan rakanku. Dengan tekad dan semangat yang tinggi, aku mula membeli-belah bahan-bahan yang diperlukan bersama rakanku. Walaupun semangat aku memang membara untuk meneruskan niat ini, namun kewangan aku agak terbatas. Mungkin kerana banyak juga wang yang aku gunakan untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah kewangan. Jadi memikirkan kewangan yang kurang memberangsangkan, hatiku agak ragu-ragu untuk meneruskan niat ini. Mungkin aku takut aku hanya membazir wang dengan meneruskan niat ini kerana aku belum tahu apakah hasilnya di akhir nanti. Jika sedap, maka berbaloilah pelaburan yang aku buat. Jika tidak, maka aku hanya membuang masa dengan niat aku ini. Hampir sejam lebih aku ambil untuk memikirkan sama ada perlu atau tidak aku membeli sebuku roti untuk puding tersebut. Kalau nak diikutkan, murah sahaja harga sebuku roti di sini. Lebih kurang 1 aud sahaja. Paling mahal pun 3 aud. Tapi aku tak pasti apa yang menghalang aku untuk terus membeli bahan tersebut. Akhirnya aku mengambil keputusan atas niat aku untuk memberi teman serumah aku makan bersama dan merasai hasil masakan aku nanti. Itu sahaja niat yang aku letakkan sewaktu membeli sebuku roti tersebut. 

Nak dijadikan cerita, hari ini setelah selesai menguruskan iftar di universiti, aku terus ke masjid untuk menghantar semula tikar yang dipinjam untuk program di universiti. Aku lihat tukang masak tetap masjid Newcastle (brother Kamal) masih lagi di situ mengemas segala periuk belanga lebihan berbuka petang tadi. Aku pun bertegur sapa dan bersembang tentang hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi. Kemudian beliau lenyap ke dalam ruang masjid. Tiba-tiba aku terdengar sayup suara memanggil namaku (Muhamad, nama kebiasaan yang digunakan untuk memangil hampir kesemua budak Malaysia di sini) dari dalam ruang masjid. Aku bergegas menuju ke arah suara tersebut. Apa yang aku lihat memang memeranjatkan aku. Memang rasa sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Di hadapan aku ada hampir 10 buku roti yang masih baru dan masih belum disentuh oleh sesiapa. Kata brother Kamal, roti ini memang untuk diberikan kepada orang ramai. Dan kerana ramai yang tidak mampu lagi menghabiskan roti tersebut waktu berbuka tadi, maka beliau menawarkan kepada aku kesemua roti tersebut dan menyuruhku mengambil kesemuanya tanpa meninggalkan satu buku roti sekalipun. 

Bagi diriku ini sememangnya rezeki Allah. Kerana atas niatku untuk memberi makan teman serumahku, maka Allah tambahkan rezeki aku hari ini. Dan aku memang sudah lama yakin bahawa rezeki Allah ini ada di mana- mana dan datang dalam pelbagai bentuk. Dan atas kesedaran ini jugalah aku langsung tidak lokek untuk memberi tatkala mempunyai.

Pengajarannya, jangan lokek langsung untuk memberi. 
Analogi mudah berdasarkan situasi ini ialah, aku beri satu buku roti untuk santapan teman serumah, tapi Allah murahkan rezeki aku dengan 10 buku roti percuma.
Semoga bermanfaat.

Tuesday, 30 July 2013

Iftar Ramadhan


Hari ini aku akan garapkan satu bingkisan kejayaan dalam hidup aku. Walaupun kejayaan ini tidak sebesar mana, tapi biarlah nukilan ini menjadi bukti kepada generasi selepas ini. Agar keluarga aku mengetahui bahawa ahli keluarga mereka pernah menggapai kejayaan seperti ini.

Bulan Ramadhan memang takkan dilepaskan oleh pihak Islamic Society di universiti aku untuk menganjurkan iftar di universiti. Agendanya mudah. Kumpulkan pelajar Muslim dan berbuka bersama-sama di tengah-tengah kesibukan pelajar universiti. Menarik bukan? Selain mengeratkan persaudaraan, ini juga boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk berdakwah.

Tahun ini aku mengambil tugas selaku Pengarah Projek bersama dengan sahabatku Fakarul Azim. Pada mulanya memang pelbagai tanda tanya timbul dek kerana ini pertama kali kami menguruskan majlis sebesar ini. Banyak benar perkara yang perlu diambil kira. Dari barang sebesar periuk belanga sehinggalah sekecil biji kurma. Segalanya perlu kami fikirkan. Namun alhamdulillah Allah mudahkan dengan bantuan daripada ahli persatuan yang penuh dedikasi.

Masanya hampir tiba apabila semester universiti dibuka semula. Debaran mula terasa, mampu atau tidak kami melaksanakannya. Membawa nama Muslim dan Islamic Society adalah satu bebanan berat di bahu dan dada kami. Tidak mahu dua nama ini dicemari lagi. Cukuplah dengan pencemaran oleh dunia maju sekarang.
Ingin juga kami buktikan kewibaan Muslim dan kemampuan Islamic Society untuk menarik perhatian pelajar universiti. Sehari sebelum majlis tersebut, ada yang menganggarkan kehadiran tidak akan memberangsangkan. Memandangkan ini baru iftar pertama dan publisiti yang kurang meriah. Belum lagi majlis berlangsung sudah ada pihak yang meletakkan sangkaan remeh kepada kami. Kecewa juga ketika itu. Kerana apa yang kami perlukan adalah sokongan moral, bukannya kritikan membunuh.

Namun kami tidak endah dengan sangkaan sesetengah pihak. Persetankan saja semua sangkaan itu. Apa yang pasti , tugas dan amanah wajib kami laksanakan sebaik mungkin. Isnin adalah hari yang ditunggu. Seawal 3 petang kami sudah berada di lokasi. Banyak benar perkara yang perlu diselesaikan. Bekas makanan untuk hidangan, khemah, tikar dan sebagainya. Semuanya perlu diambil dari satu lokasi lain yang agak jauh. Untung Allah kurniakan rezeki kepada kami dengan memiliki sebuah kereta. Dapat juga kami mengangkut semua barang tersebut.

Hampir satu jam sebelum majlis berbuka, suasana mula dipenuhi dengan kujungan orang ramai. Baik Muslim mahupun yang belum lagi Muslim. Bagi yang Muslim, memang mereka sudah memahami apa yang bakal berlaku. Tetapi bagi yang belum Muslim, majlis ini dilihat seperti pesta makanan, dengan hidangan makanan yang banyak hasil sumbangan Persatuan Pelajar Arab Saudi dan ada juga sumbangan individu. Ramai pelajar Muslim mengambil peluang untuk menjemput rakan yang belum Muslim untuk menyertai majlis ini. Suasana semakin gamat. Anggaran kehadiran pada hari tersebut hampir 300, menafikan sangkaan awal oleh sesetengah pihak bahawa kehadiran tidak akan mencecah ratusan.

Apa yang paling aku puas adalah segala perancangan kami berjalan lancar. Biarpun ada sedikit sahaja perkara-perkara kecil yang masih perlu kami betulkan, namun secara keseluruhan dapatlah aku simpulkan sebagai berjaya! Tahniah buat diri ku dan sahabatku. Perkara paling menarik perhatian aku adalah kehadiran pelajar dan juga staf bukan Muslim yang jauh lebih ramai berbanding sebelum ini. Malah lebih daripada jangkaan. Dan ada yang turut sama solat dan berdoa bersama kami.

Syukur alhamdulillah aku panjatkan pada Yang Maha Esa.. Dia lah yang meletakkan aturan yang terbaik bagi segalanya. Dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat.

Satu amanah besar sudah aku langsaikan. Ada beberapa lagi program lain yang bakal menyusul dalam tahun ini. Semoga aku terus tekad melaksanakan tugas dengan baik berpadanan dengan setaip jawatan yang aku pegang.

Thursday, 9 May 2013

Secebis Kain yang Menyelamatkan

Salam,
Ini kisah yang memang benar-benar berlaku pada diri aku dan buatkan aku rasa pentingnya kita untuk membawa identiti kita selaku muslim. Aku belajar di negara yang bukan mengamalkan konsep Islam. Sudah tentu mencari makanan di restoran adalah sangat sukar memandangkan keraguan mula timbul pada status halal makanan itu. Namun aku bertuah kerana di sini masih ada satu dua kedai yang menyediakan makanan halal untuk penganut agama Islam. Syukur masih syumul Islam di dunia ini.

Kisah bermula apabila aku bersiar-siar bersama kawan aku. Kawan aku juga merupakan seorang yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Beliau memang cantik dengan gaya tudung yang pelbagai. Tapi pada hari tersebut, beliau mengenakan sehelai selendang dengan fesyen biasa. Tiba sahaja tengah hari, kami mula terasa lapar dan mula mencari kiosk yang menjual makanan halal. Alhamdulillah kami berhenti di sebuah kedai makanan segera. Nama kedai ini ialah Oporto. Mungkin kalau di Malaysia, kedai ini hampir sama seperti McD dan KFC. Menu biasa yang dijual ialah burger dan ayam. Walaubagaimanapun, kedai ini turut menjual makanan tidak halal seperti hamburger dan sebagainya. Namun begitu, set ayam dan burger ayamnya memang terjamin halal. 


Jadi tanpa melengahkan masa, aku mendahului si dia untuk membuat pesanan makanan. Terpapar di menu kedai tersebut ada beberapa set burger ayam untuk sarapan. Aku memang selalunya memilih set tersebut memandangkan set tersebut tidak terlalu besar kuantitinya. Namun begitu, aku terlihat ada satu lagi set yang lebih kurang sama. Cuma perbezaannya set yang ditawarkan itu lebih besar burgernya. Tanpa membuang masa, aku memesan set baru tersebut. 

Respon daripada staf kiosk tersebut benar-benar mengejutkan aku. Katanya set tersebut datang bersama 'bacon' di dalamnya. Katanya lagi, 'Muslim cannot eat bacon'. Saya terkejut, bukan kerana pengetahuan beliau terhadap halal haram orang Muslim, cuma aku hairan, dari mana datangnya idea bahawa aku ini orang Islam. Aku berpakaian seperti biasa, tidak memakai serban, kopiah mahupun songkok. Aku tidak memakai baju yang menyatakan aku ini orang Muslim. Aku sungguh hairan. 

Tanpa membuang masa, aku bertanya bagaimana beliau tahu mengenai status Muslim aku. Tanpa melengahkan masa beliau menuding jari kepada rakan aku yang berada di belakangku. Katanya, sebentar tadi beliau nampak aku bersembang dengan rakanku sebelum membuat pesanan. Jadi, itulah sebabnya beliau menasihati aku untuk tidak memesan set baru tersebut dek kerana ada 'bacon' didalamnya.

Nampak mudah sahaja sehelai kain yang kaum hawa letakkan di atas kepala untuk melitupi aurat mereka. Namun jangan tak tahu bahawa secebis kain itu adalah maruah dan amanah agama yang kita anuti. 

Kesimpulan yang aku dapat daripada peristiwa kecil ini:
1) Aku bersyukur kerana diselamatkan Allah daripada darah dagingku menjadi bakaran api neraka
2) Kadang-kadang perkara yang kita nampak mudah, tapi membawa satu mesej yang amat mendalam
3) Kita sememangnya perlukan identiti

Nukilan hauzanmuttaqin.
# I am a Muslim. And I am a practicing Muslim 


Sunday, 28 April 2013

Si Kaca Mata 2

Salam, 

Maka aku pun melalui zaman hidup yang agak sukar berbanding kanak-kanak lain. Memakai cermin mata pada usia muda bukanlah satu perkara suka-suka. Malah banyak pantang larang penjagaannya yang sukar diambil perhatian oleh kanak-kanak seperti aku. Antara yang paling ketara adalah bidang sukan. Aku seorang yang agak aktif dalam bersukan. Keinginan untuk turun ke padang dan bermain amatlah tinggi baik bola sepak mahupun sukan lain. Namun stigma masyarakat kebiasaannya menjadi penghalang untuk aku bermain. Budak yang berkaca mata selalu juga tidak diberikan peluang secukupnya untuk bermain kerana bimbang apa-apa berlaku kepada cermin mata tersebut. Namun begitu aku masih lagi optimis untuk sentiasa melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti yang diadakan.

Selama 17 tahun bersama cermin mata, hanya aku yang tahu perasaan sebenar. Sukar juga untuk menceritakan kepada orang lain dan membuatkan mereka faham dengan kesukaran yang kita alami. Sehinggakan akhirnya aku hanya mampu berdiam diri sahaja dan tidak lagi memilih jalan untuk menceritakan kekurangan yang aku alami. Kerana bagi aku, penglihatan seperti ini hanya aku seorang sahaja yang alami dan faham benar dengan keadaannya. Tiada guna diceritakan kepada orang jika mereka tidak mampu untuk menyelami perasaan kita yang mengalami kekurangan ini.

Hidupku penuh dengan proses melatih koordinasi otak dan mata dengan betul. Kerana aku mahukan satu decision making yang tepat. Semakin aku meningkat umur, semakin mantap koordinasi otak dan mata aku dalam membuat keputusan tentang kedudukan objek. Paling ketara apabila aku mampu bermain sukan seperti bola keranjang yang memerlukan aku membuat jaringan dengan tepat. Walaupun aku mengambil keputusan untuk membuka cermin mata tatkala setiap kali bermain, tapi aku masih lagi mampu mengawal koordinasi mata. Namun begitu, penglihatan yang aku ada tidaklah baik seperti orang lain. Masih ada kabur dan imej salah yang datang sekali-sekala.

Bagi aku, pencapaian terbesar dalam hidup adalah apabila aku mampu membuat jaringan ketika bermain bola keranjang. Untuk pengetahuan semua, memang bola keranjang adalah sukan kegemaran aku. Jadi aku gunakan sukan ini untuk betul-betul melatih mata aku. Dan alhamdulillah kini aku mampu bermain dengan agak baik walaupun mempunyai kekurangan penglihatan yang begitu. Tapi cuba kita sama-sama bayangkan. Dengan penglihatan yang aku ada, memang amat sukar untuk aku bermain sukan tersebut. Malah pernah seorang kawan mengatakan kepada aku bahawa adalah mustahil untuk aku bermain dengan kekurangan penglihatan sebegitu. Benar juga katanya, tanpa latihan koordinasi mata dan otak aku, mana mungkin aku dapat menentukan kedudukan sebenar jaring untuk aku membuat jaringan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. dan aku percaya pada kata-kata itu kerana aku sudah mengalaminya. 

Kini, alhamdulillah aku mampu untuk melibatkan diri dalam pelbagai sukan dan mampu juga untuk bermain dengan agak baik. Bagi aku, jika aku dapat menangkap bola, menerima hantaran, membuat jaringan dan lain-lain, ini semua sudah dikira kejayaan kepada aku. Walaupun aku tidak memenangi permainan itu. Kerana jika difikirkan, dengan penglihatan aku yang sebegitu teruk, mana mungkin aku dapat melakukan semua itu. Jadi kepada sesiapa yang bermain denganku selepas ini, hargailah dan simpatilah kepada hamba Allah yang punyai kekurangan penglihatan ini. Sokongan moral adalah apa yang saya harapkan dan bukannya caci maki daripada anda tatkala saya melakukan kesilapan dalam permainan.

Dan kepada yang lain, hargailah nikmat penglihatan yang Allah berikan. Walau bagaimanpun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku punyai. Sekurang-kurangnya aku masih dalam melihat keindahan dunia.

Terima kasih kepada yang sudi membaca...


Monday, 15 April 2013

Si Kaca Mata

Salam,

Mungkin ramai yang masih belum tahu kisah disebalik cermin mata yang aku pakai. Ini tahun ke-17 aku bersama dengan cermin mata. Perkenalan aku dengan si cermin mata bermula sejak aku berumur 5 tahun. Aku ingat lagi peristiwa yang membuatkan hidup aku melekat dengan cermin mata. Pada ketika itu, kami sekeluarga berada di sebuah kedai cermin mata bagi memeriksa keadaan mata abang aku yang dikatakan agak kabur. Melihatkan kepada kecanggihan mesin yang digunakan ketika itu, aku merungut untuk turut memeriksa mata aku. Pada umur 5 tahun, sememangnya tidak ramai yang akan mengesyaki sesuatu. Namun apabila keputusan pemeriksaan dikeluarkan, doktor terkejut melihat keputusan tersebut. Katanya, mata aku jauh lebih teruk daripada abangku dan beliau mencadangkan aku untuk turut memakai cermin mata. Tetapi cermin mata aku amat berlainan memandangkan aku mempunyai astigmatism yang agak tinggi. Mata sebelah kiriku yang paling teruk. Aku masih ingat lagi, cermin mata yang pertama aku pakai adalah cermin mata dengan bingkai jenama Popeye. Harga pada ketika itu sudah mencecah RM500. Memandangkan aku perlu menggunakan cermin khas yang perlu ditempah. Kesian juga memikirkan ibu bapa aku yang perlu membayar sebegitu banyak semata-mata mahu memberikan penglihatan yang jelas semula kepadaku. Pada ketika itu, RM500 sudah boleh dikira sebagai satu jumlah yang besar.

Sedikit kisah mengenai kekurangan yang aku alami. Nama saintifiknya memanglah astigmatism. tapi aku tak berapa pasti punca dan kesannya. Apa yang aku tahu hanyalah kekurangan pada ketajaman penglihatanku. Tanpa cermin mata, aku akan nampak satu objek itu ada dua. Yang pertama objek sebenar dan yang kedua ialah imej kepada objek tersebut. Namun begitu, aku akan nampak imej kepada objek tadi sebagai satu perkara yang betul dan aku akan katakan itulah objek sebenar. Padahal objek sebenar adalah disebelahnya(faham ke?). Contohnya macam ini. Ada sebiji bola dihadapan aku. Mata aku akan nampak objek tersebut di sebelah kanan dan imej kepada objek tersebut disebelah kiri. Tetapi, otak aku akan mengatakan bahawa objek disebelah kiri (imej) adalah objek sebenar. Jadinya kalau orang suruh aku ambil bola tersebut, memang aku akan ke sebelah kiri dan cuba untuk ambil bola itu. Tapi pada realitinya, bola itu ada disebelah kanan aku. Begitulah teruknya keadaan mata aku. Waktu kecil dulu memang agak teruk sebab aku masih tidak pandai untuk ajar otak aku mengenali objek sebenar. Tapi bila aku semakin dewasa, aku dah pandai untuk mengawal otak aku supaya tidak lagi tertipu dengan mata aku.(hehe).

Di bawah ini aku tunjukkan beberapa gambar tentang astigmatism. Tapi most of this pictures adalah yang bukan severe seperti aku. Jadi penglihatan mereka hanyalah kabur dan bukan seperti aku. 
cumanya gambar ini hanyalah untuk memberi penerangan lanjut tentang kekurangan yang aku hadapi.


Nantikan sambungan aku tentang perjalanan hidup aku sepanjang bersama si cermin mata...



Sunday, 7 April 2013

#kongsi

Salam,
Nukilan kali ini hanya sekadar perkongsian. Jauh sekali hendak meninggi diri. Mungkin ada dikalangan kita yang juga mengalami perkara yang sama. 

Baru-baru ini, datang seorang insan berbual denganku. Tidak lama lepas itu beliau mula memuji diriku. Katanya beliau kagum melihat aku yang tabah menghadapi segala ujian dan positif dalam semua kerja buat. (kalau dilihat dari luar, memang nampak tabah, tapi di dalam hati ni remuk juga la). Kata beliau lagi, sukar juga nak jumpa manusia yang sentiasa ada daya gerak diri yang positif, kerana selalunya kita sentiasa saja meletakkan tembok besar dihadapan kita sebelum kita mencuba melakukan sesuatu.

Beliau kemudian bertanyakan apa rahsia disebalik peribadi diri sebegitu. Dengan rasa rendah diri, aku memulakan bicara untuk berkongsi dengan beliau. Aku memberitahu beliau, tidak kira seberat mana ujian yang kita hadapi pun rahsia yang aku gunakan tetap sama. Rahsianya ialah 33 kali Subhanallah, 33 kali Alhamdulillah dan 33 kali AllahuAkbar setiap selepas solat fardhu. Memang tiada dalil kukuh kepada amalan ini. Namun, semenjak diberitahu oleh ibuku untuk mengamalkan perkara ini, aku merasakan seperti ada hikmahnya setiap kali mengamalkannya. Kadang-kadang, badan rasa letih sangat untuk melaksanakan sesuatu, namun amalan ini seperti mengurangkan beban dan memudahkan segala kerja buat.

Mungkin bagi orang lain, lain cara amalannya.Tidak kira apa jua amalan kita, yang pasti sentiasa ingat Allah adalah kunci kepada segalanya. Kerana dariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali...

Sunday, 24 March 2013

#suci

Salam,
Tahun ini kami masih lagi meneruskan usaha mulia kami untuk memastikan kami tidak terpesong dari landasan akademik. Maka kami tetap meneruskan perbincangan berkumpulan setiap minggu bagi setiap Working Problem yang diterima. Maklum balas yang kami terima amatlah baik memandangkan inilah peluang terbaik kami untuk berhujah mempertahankan ilmu masing-masing bagi mendapatkan satu kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu tajuk. Aku sokong usaha ini. Syabas. Teruskan.

Hati aku terusik lagi kali ini dengan keindahan seni bina seorang insan yang Allah jadikan. MashaAllah dan Subhanallah. Biarlah aku memuji Allah dahulu sebelum aku memulakan cerita. Kali ini aku melihat betapa Allah sucikan hati seorang insan yang pada hemat aku amat dekat dengan Dia. Seorang insan yang sentiasa cuba sedaya upaya untuk berada di jalan kebenaran dan syariat Islam. Dia yang aku maksudkan adalah seorang wanita yang Allah jadikan dia pada tahun yang sama dengan kelahiran aku. Dia juga adalah batchmate dan universiti-mate aku di sini. 

Beliau ditugaskan untuk membentangkan satu Learning Target yang aku kira agak susah untuk dihalusi, memandangkan tiada di antara kami yang pernah belajar mengenai topik tersebut. Jadinya its all on her. Walau bagaimanapun beliau cuba sedaya upaya untuk memastikan kami selaku rakan-rakannya faham apa yang cuba dia sampaikan. Namun begitu, disebabkan terlalu sukar topik itu, kebanyakan di antara kami masih kabur tentang topik tersebut. Ada di antara kami yang mula menunjukkan muka kurang selesa disebabkan tidak dapat mendalami topik tersebut. Namun bukan niat kami untuk menyalahkan beliau selaku orang yang bertanggungjawab ke atas topik itu. Tapi reaksi kurang selesa itu hanyalah ekspresi diri yang menyatakan kekecewaan terhadap diri sendiri kerana masih tidak faham walaupun beliau sudah banyak kali memberi penerangan. 

Melihat pelbagai reaksi dikemukan oleh kami, beliau mula rasa kecewa dan timbul rasa bersalah dalam diri. Beliau turut meluahkan rasa hati beliau tentang ketidakpuasan hati beliau terhadap tahap penerangan beliau yang tidak mampu memberi kefahaman kepada kami semua. Ternyata hati wanita ini tidak sekeras batu. Bermula dari saat itu, air mata dan muka kesedihan mula terpancar dari wajah beliau. Memang amat jelas rasa kecewa beliau terhadap diri sendiri kerana tidak mampu melaksankan tugas dengan sebaiknya.

Aku sebagai yang berada dalam situasi tersebut juga kaku melihat respon yang beliau berikan. Kerana bagi aku, adalah biasa untuk kita tidak sampai ke tahap optimum dalam melaksanakan sesuatu tugas kita. Ini kerana , sesi ini hanyalah perbincangan bagi mencari titik kefahaman dalam tajuk tersebut. Bukanlah sesi untuk menilai siapa hebat siapa tidak. Namun disebabkan rasa tanggungjawab yang menggunung dalam diri beliau, perasaan kecewa terhadap diri sendiri itu muncul.

Apa yang aku pelajari dari situasi ini ialah:

1) Hati manusia yang suci ini sememangnya menitik beratkan sesuatu tugas yang diberikan itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaiknya.

2) Betapa murninya sikap diri beliau sehingga mampu timbul rasa kecewa dalam diri pabila gagal melaksanakan tugas yang diberikan

3) Amanah bukan satu perkara yang boleh dibuat main. Dikala ramai masyarakat kita kini yang langsung tidak mengambil serius terhadap amanah yang diberikan, masih ada lagi manusia yang menitik beratkan sesuatu amanah yang diberikan.

4) Ini antara manusia yang akan disanjung tinggi dek kerana memiliki sifat yang sungguh suci


#respect


          gambar sekadar hiasan













Wednesday, 20 March 2013

#kerja

Salam,
Mungkin ramai dah tahu semester ini aku mula mengorak langkah untuk mengoptimumkan masa aku di Newcastle. Jadi keputusan yang aku ambil adalah untuk bekerja separuh masa. Tempat kerja yang aku pilih adalah tempat biasa bagi pelajar Malaysia lain bekerja,iaitu IBIS Budger Hotel. Bekerja sebagai Housekeeper. Basically macam mana Bangla kat Malaysia dok kerja cleaner, macam tu lah aku kerja. Tapi mungkin aku literate lagi.hahah.. So setelah training, aku pun start kerja. Alhamdulillah, setiap dua minggu aku akan dapat gaji. Setakat sekarang average aku boleh dapat dalam 300aud dalam masa dua minggu. Jadinya 600aud dalam sebulan. Bagi aku bukan duit yang aku pentingkan ( walaupun memang kita harapkan dapat duit) tapi pengalaman berkerja dan menjadi orang bawahan itu yang aku mahukan. Kerana aku lebih suka merasa susah lebih dahulu daripada orang. Supaya apabila aku diatas kelak, aku takkan lupakan orang-orang dibawah.

Memang aku tak sarankan kepada kebanyakan orang untuk kerja di sini kalau orang tu jenis mewah dan tak pernah merasa susah. Sebab kerja ni kotor, penat dan meletihkan. Memandangkan aku pernah jadi 'orang minyak' ( pekerja di kedai minyak), jadinya aku agak faham apa itu erti berada di bawah dan apa erti bekerja di tempat kotor. Namun seperti yang aku katakan tadi, bukan jenis kerja atau berapa gaji yang aku pentingkan. Tapi pengalaman bekerja dan menjadi orang bawahan itu yang memberi nikmat kepadaku. Kerana aku yakin suatu hari nanti aku akan jadi orang besar. Dan pada ketika itu, aku akan membela nasib orang-orang bawahan.

Sepanjang bekerja, aku mula berkenalan dengan ramai orang yang juga turut bekerja di situ. Bermacam-macam jenis orang aku kenal. Ada yang cakap besar, ada yang curi tulang, ada yang sangat tekun. Walau apa pun karakter diri mereka, layanan diri aku pada mereka tetap sama. Salah seorang yang aku baru kenal adalah Titu (nama macam TUTTI FRUTTI, haha). Titu ni asalanya dari Bangladesh. Tapi dah 6 tahun bekerja di Australia. Dah bermacam kerja dia dah cuba. Sepanjang perkenalan kami, aku ada bertanya kenapa dia gila sangat nak bekerja di Australia. Jawapannya mudah. nak kumpul duit untuk berkahwin. Kedatangan dia ke Australia hanyalah semata-mata untuk mengumpul duit dan pulang semula dengan membawa duit yang banyak untuk berkahwin. Umur dah 29 tahun katanya. Dah terlalu lewat. Besar juga pengorbanannya. Dan yang paling aku suka, dia Muslim..hehe.. Memang nampak sangat rasa bertanggungjawab dalam diri dia. Memang salute habis.

 












(amacam bilik yang kami kemas? ada gaya 5 stars? haha )

Friday, 15 March 2013

#pengakuan

Salam,


Selasa lepas aku dapat satu mesej melalui FB, terkejut gak baca. Sebab mesej jenis macam ni tak selalu aku dapat. Malah aku rasa macam tak pernah dapat pun daripada orang lain. Orang yang hantar ni perempuan. Dan aku sangat kenal. So memang rasa terkejut gak la bila dapat mesej macam tu daripada dia. Sebab selama ni dia tak pernah pulak dengan beraninya bagi keputusan macam ni. Aku pun tak tahu dari mana datangnya kekuatan dia untuk bagitau benda macam tu. Tapi mungkin dia pun dah rasa sudah tiba masanya dia bagitau apa yang dia rasa. Walaupun mesej tu ringkas je. Tapi penuh makna la bagi aku. Sebab aku faham apa yang dia maksudkan. 

Tapi aku tak bagi jawapan pape pun kepada statement yang dia buat. Sebab aku rasa dia pun tahu apa aku nak daripada dia. Dan aku pun dah banyak kali dok bagi hint kat dia. Semoga dia faham la. Keputusan aku pun sama dengan apa yang dia nak. Cumanya sekarang ni tengah berusaha meyakinkan parent dan mempersiapkan diri untuk segalanya. Rancangan yang dibuat ialah 2016. tapi tak tahulah macam mana. If Allah izinkan, insyaAllah akan jadi. Bab persiapan fizikal semua tu mungkin terlalu awal untuk dibicarakan. Aku lebih suka memfokuskan pada persiapan diri dan rohani. Sebab aku nakkan perkara ni jadi smooth dalam semua aspek. Ni bukan lagi benda main2, walaupun sebelum ni banyak je aku main2.haha..

Bila fikir balik, bukan senang aku nak dpt statement macam tu daripada dia. So bila dah dapat, aku rasa macam itu satu petanda persetujuan daripada dia. Tengoklah macam mana. Kalau ada rezeki dan jodoh, jadi la segalanya. Kalau takdak, memang sedih gila la... frust menonggeng.haha... tapi itu ketentuan Allah.Redha je la.. tapi sekarang kita usaha dulu k...

terima kasih sebab bagi hint jugak tentang apa perasaan pihak kat sebelah sana. takde la aku rasa dok terhegeh2 sorang2.

sekian

#segera

Tiga perkara yang disarankan untuk disegerakan:

1) Solat di awal waktu


2) Jenazah untuk dikebumikan



3) Kahwin...=)


#cegah sebelum parah

Salam,
Dah lama dah aku dok tengok perangai dan gelagat orang macam ni. Kadang-kadang aku teringin sangat nak tanya, Apa sebenarnya yang depa nak dalam dunia ni?. Sebab segala perilaku yang depa buat langsung tak menunjukkan yang mereka tahu dan sedar bahawa dunia ini ada penghujungnya. 

Mesti hmpa yang baca pun pernah jumpa atau ada kawan yang macam ni. Tapi tulah, kadang-kadang kita nasihat tu macam mencurahkan air ke daun keladi je. Depa lagi pandai dari apa yang kita nasihat. Tapi tengok perbuatan depa taklah pandai sangat pun.

Aku ikut perkembangan dia daripada dulu lagi. Sejak aku mula kenai dia. Walaupun aku tak rapat dengan dia, or tak faham isi hati dia seperti apa yang dia selalu kata, tapi aku selalu jugak mengikuti perkembangan dia daripada kawan2 terdekat dia. So aku tau jugak la apa yang jadi. Dulu aku ambil keputusan untuk ikut sahaja alunan ombak diri dia. Walaupun sebenarnya dalam hati aku rasa sangat tak setuju, tapi aku biarkan saja. Sebab aku ingat kalau aku tegur, dia jadi tak boleh terima. Sebab dia memang orang yang macam tu. Tapi makin hari aku tengok makin besar kepala. Memperjuangkan freedom of speech and human right sampai tak ada limit. Cik adik oi. dalam dunia ni semua benda ada limit dia. Kuasa Allah saja yang tak ada limit. So kalau nak perjuangkan hak sendiri pun kena la ada limit. Ini tidak, apa saja yang orang tegur, ang kata org tak faham ang. Tapi ang tak cuba buatkan orang bagi faham diri ang. Bila orang tak amek tau pasal ang, ang kata orang ni tak adil. 

Kami bukan tak mau tolong diri ang. Kesian sangat aku tengok perubahan diri ang. Apa la perasaan parent ang bila tengok ang macam tu. Tapi aku geram jugak bila ang sendiri tak tolong untuk ubah diri ang. Kalau ikut prinsip aku, nak je aku buat cara paksaan. Tapi bila fikir balik, ang bukan adik kandung aku. for sure ang takkan ikut cakap aku.

Macam ni lah. Pesanan aku, cuba cari balik asal usul diri kita. Dengar cerita kau ni knowledgeable. Banyak membaca dan banyak maklumat. Cuba luangkan masa untuk tengok balik diri ang. Instead of tengok diri orang lain.  Kemudian amek masa untuk fikir dengan otak pandai ang tu. Adakah betul apa yang ang buat tu. Betulkanlah diri ang tu. Sebab aku dah tak tahan tengok perangai ang. Kalau bab bagi komen kat orang buakan main lagi. Tapi diri sendiri tak macam tu pun. ang tolong diri ang dulu. Kemudian baru kami akan tolong dan bantu ang.

Sekian

Friday, 8 March 2013

#ketabahan

Salam,
Kadang-kadang diri boleh terpegun tengok orang menghadapi ujian yang besar-besar. Sedangkan diri ini tak pernah pun diuji dengan perkara major dalam hidup. Ada beberapa orang yang aku kenal yang aku rasa depa ni sangatlah tabah dan kuat semangat. Kena uji macam-macam tapi tetap cool rileks dan teruskan hidup (walaupun sebenarnya dalam hati depa tak siapa tahu perit jerih depa menghadapi ujian tu. Tapi tak kisahlah apa pun perasaan depa, kerana depa masih berjaya untuk tunjukkan bahawa mereka juga menikmati nikmat dunia ini. Walaupun sebahagian nikmat mereka telah ditarik. Difitnah besar-besaran, hilang ibubapa, diserang penyakit yang membunuh dan pelbagai lagi. Namun depa masih mampu bertahan. Dari mana la depa ni dapat ketabahan?

Sebenarnya aku rasa ketabahan ni perasaan yang Allah kurniakan. Dia yang bagi ujian, Dia juga yang bagi ubat kepada ujian itu(ketabahan). Unik juga hidup ni. Tapi itulah norma hidup kita sebagai Islam. Satu yang aku perasan, lagi kuat ujian yang orang kena, lagi rapat depa dengan Allah. Dan pada saat dan ketika itu, Allah akan kurniakan depa dengan ketabahan jiwa yang Maha besar. Sampaikan kita yang tengok ni rasa diri kita tak mampu pun nak hadapi ujian macam tu. 

Jadi apa yang aku belajar is, ada ujian atau tak, sentiasalah dekat dengan Allah, kerana Dia yang Maha mengurniakan. Ketabahan yang kita impikan sewaktu diuji itu pun datangnya daripada Dia. Jadi apa tunggu lagi, carilah Dia sebelum kita lari dari jalan yang sebenar.

#Antara orang yang aku kagumi atas ketabahan mereka. Walau ujian melanda, tapi tetap istiqamah, sabar dan mampu menghadapinya malah lebih baik lagi perkembangan mereka.

1) Puan Hashimah(mak aku sendiri la, haha). Kalau tengok balik kisah silam mak aku memang menyayat hati la. Lebih lagi dari BersamaMu.hehe. Punya hidup dalam serba kekurangan sampai celup jari dalam air teh sebab takdak biskut untuk dicicah. Memang sedih la. Tapi tengok saja mak aku sekarang. (takla kaya dan berjaya sangat pun) tapi kalau nk compare hidup dia dulu dengan sekarang memang aku consider seorang yang berjaya dalam hidup la.. Tahniah Puan Hashimah!!!... hehehe

2) Mohd Hatif( abang aku). Insan ni lagi aku respect. Ujian yang dia terima gila punya besaq. Tapi satu demi satu dia hadapi. PErrggghhh, memang kalau aku cerita ujian yang dia hadapi orang pun akan sedih baca. Tapi dia dengan penuh semangat hadapi semua ujian tu. Memang salute la makhluk Allah yang sorang ni... Aku pun goyang kalau kena uji macam tu... Ni memang jadi idola aku la...=)

3)Anwar Ibrahim (politik skit, hahaha) tapi betul la. lihat saja fitnah dan dugaan yang dia hadapi. Tak kira la dia salah ke dia betul ke, yang penting dia dan keluarganya masih utuh menghadapi satu demi satu ujian. 

4) Kawan baik aku sendiri Nurasyikin. ini tahun ke-9 kenal manusia bernama Nurasyikin nih., MashaAllah.. dia punya ketabahan dan tahap survival hidup sangatlah besar. Allah saja yang tahu betapa kuat dan besar hati beliau menghadapi ujian satu demi satu. Aku rasa kalau diri aku yang kena ujian mcm tu, dah lama aku fail.

5) Mak kepada kawan sekolah rendah aku dan juga kawan kepada mak aku sendiri. Dua insan ni diserang penyakit yang end stage la. Tapi dengan kekuatan dalaman yang depa ada, sampai mampu survive daripada penyakit tu dan masih hidup sampai sekarang(memangla hidup dan mati tu ketentuan Allah, tapi effort yang depa tunjukkan tu sangat mengkagumkan). malah dua insan ni sentiasa membantu manusia yang senasib dengan mereka. Murni sungguh usaha mereka.

6) Natasha (kawan USM), walaupun aku baru je kenal dia ni. Tapi setelah dapat tau kisah hidup dia, memang respect gak la family dia dan diri dia sendiri. Bayang tengok la, dari kecik dia boleh survive untuk hidup sampai berjaya sekarang ni. Walaupun Allah uji dia sejak dari dia kecik lagi. Tahniah jugak la kat insan ni... Kalau aku yang kena ujian ni, memang aku rasa aku tak mampu jadi insan yang berjaya macam dia.

7) banyak lagi insan lain yang aku kenal and hadapi pelbagai ujian dalam hidup depa. Nanti kalau aku ingat aku update lagi. Setakat sekarang itu je yang aku boleh fikir.

Secara kesimpulannya, hidup kita ni memanglah akan sentiasa diuji.Kalau takdak ujian, macam mana kita nak naik pangkat. Nak naik darjah kat sekolah pun kena amek ujian. Biasalah ujian itu. Cuma berjaya atau tidak untuk kita menghadapinya. Tips yang biasa dikongsikan ialah, dekatlah dengan Dia. Sebab pape pun kita bergantung kat Dia jugak.. tak lari mana aih.. kita ni manusia biasa ja. Apa pun tak dak. Semua Dia yang bagi...

Sekian
#sori sebab guna nama certain orang tanpa mintak kebenaran. Tapi sebab memang aku kagum dengan hampa, sebab tu aku main tulis ja.hehe...
goodluck guys in whatever field.

#saying

Happy moments, Praise Allah
Difficult moments, Seek Allah
Painful moments, Trust Allah
Every moments, Thank Allah
 
 

#pepatah

Salam,
Kata-kata untuk hari ini ialah:

Join study group tak bermaksud terus pass exam. Kena la usaha jugak cik kak dan cik abg oi. Tapi kalau nak masuk, kena la bagi komitmen. Kalau pandai suggest je, buatnya tidak, baik tak payah. Dah ramai orang untuk bagi pendapat. cuma kurang orang yang nk buat je. Jadi konklusinya, sama-sama bagi kerjasama, baru boleh capai seperti mana yang kita idamkan.
Sekian


Tuesday, 5 March 2013

Sebab Musabab

Salam,
Aku paling tak suka bila ada mak seseorang telefon aku dan bagi arahan tentang apa aku patut buat dekat anak dia. Sebab pada ketika dia telefon tu, aku belum lagi punyai apa-apa hubungan dengan anak dia. Setakat kenal dua tiga hari, dah telefon aku tanya macam-macam.
Jadinya, aku nak bagitau, betapa aku tak suka diberi arahan sebegitu rupa. Dan paling tak suka bila ditanya macam-macam tentang hal anak orang. Kalau makcik nak tahu, makcik pi tanya anak makcik sendiri. Lagi senang. Buat apa payah-payah makcik telefon tanya saya. Saya kenai anak makcik pun baru berapa hari. Nama penuh anak makcik pun saya tak tau habis.
Memangla nampak mak dia concern tentang sapa yang berkawan dengan anak dia, tapi tolong la.. ni kawan la makcik, bukan nak kawin. hai... penat. aku tak pernah bagi hint nak kwin ngn dia pun...
Siap tanya sejauh mana hubungan dengan anak dia. Mak cik, meh nak bgtau, lepas makcik buat mcm ni, mmg tak jauh la hubungan saya ngn anak makcik. mmg meluat terus. saya mmg tak suka org dok telefon saya tak tentu pasal, kemudian dok bagi arahan apa saya kena buat kt anak makcik.. tunggu saya jadi suami anak makcik dulu. baru leh dok bg ceramah kt saya. itupun kalau saya jadi suami dia. tapi mcm takdak harapan la makcik oi'

Sekian

Saturday, 16 February 2013

#manusia

Lihat pada luaran langsung tidak menjamin dalaman yang sempurna
Ramai di kalangan kita mencuba yang terbaik untuk nampak baik di mata manusia lain
Tanpa menampakkan diri sebenar kita
Bukan orang sahaja, malahan kita sendiri pun kadang-kadang tidak sedar bahawa perbuatan kita itu melitupi diri sebenar kita, semata-mata untuk meyakinkan orang lain ataupun menutup keaiban diri.
Begitu juga dengan orang yang aku kenal. Pada kebanyakannya, ramai yang begitu.
Namun ada segelintir yang begitu jujur. Dan ada juga yang aku sudah kenal luar dalamnya dek kerana terlalu lama bersama denganku. Sebagai contoh rakan sekolah menengahku, mereka ini kebanyakannya jarang menipu mata aku kerana aku sudah kenal isi hati dan naluri mereka. Tetapi yang selalunya bersusah payah bermuka-muka ini adalah mereka yang belum akrab hubungan dengan mereka. Maka timbullah pelbagai tipu helah dan cara penipuan untuk cuba mengaburi mata aku. Kononnya mereka ini manusia terbaik untuk dijadikan sahabat dan taulan. 

Ingatlah, jangan mudah tertipu dek kerana kepandaian mereka ini memperlihatkan diri mereka di khalayak ramai. Berjaga-jagalah dalam bersahabat dan cubalah sedaya upaya kita menjadi sahabat yang terpuji dan berguna kepada rakan kita. Berlaku jujur itu adalah lebih manis dalam hubungan berkawan, kerana dari situlah akan timbul persefahaman.

#pengajaran berdasarkan pengalaman. kenal dengan seseorang dalam tempoh 6 bulan ++. Memang tak seperti apa yang kita sangkakan berdasarkan luaran yang ditunjukkan. Sedarlah, dunia memerhati...=)

Wednesday, 13 February 2013

#disiplin

Usah bercakap mengenai mengubah disiplin masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek, jikalau disiplin sebagai pemandu pun belum lagi kita perincikan. Salah satu elemen penting adalah mematuhi lampu isyarat. Kuning bermakna bersedia untuk berhenti. Dan merah sudah semestinya kena berhenti. Tapi kesibukan masyarakat sekarang membuatkan ramai yang tidak endah pada sistem ini. Betulkan diri dahulu. Barulah kita boleh mula menuding jari pada orang lain... Marilah menjadi pemandu berhemah.

#bercakap atas pengalaman menyaksikan kemalangan di depan mata akibat tidak patuh pada lampu isyarat


Monday, 11 February 2013

#hati

Nak yakinkan orang bukan mudah. Malahan tak mudah juga untuk orang yakin dengan kita. Jadinya setelah lama berusaha dan berkorban, memang aku dah tak larat lagi nak mulakan balik segalanya. Kalau ada yang terasa hati nak kongsi hidup bersama, memang kena usaha sendiri la. Sebab aku dah penat. Kalau rasa boleh buat mcm mana aku buat kat orang dulu, silakan. InsyaAllah ada jodoh, aku terima. Tapi kalau rasa diri sendiri pun tak mampu nak buat macam mana aku buat dulu, dan hanya nak harapkan aku sebagai lelaki mulakan dulu segalanya, memang tiada harapan. Sebab aku dah penat. Sekian.haha

#kalau tunggu aku start dulu, memang tak. Kena bagi nampak pihak sebelah sana pun ada usaha, baru aku bagi respon.

#politik

Gamat dan heboh tentang jemputan mewah yang diterima PSY untuk persembahan sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Rata- rata melihat sebagai satu pembaziran jikalau ianya datang dari kerajaan sendiri. Tapi ada pihak menjelaskan bahawa bayaran dilakukan oleh sebuah syarikat swasta. Biar apa pun keadaannya, diri ini melihat bahawa ia tetap satu kerugian.

Positif:
1) Mungkin ini rezeki PSY sendiri. Untung bagi dia
2) Ada segelintir anak muda yang menggilai PSY mungkin mendapat manfaatnya

Negatif:
1) Bayaran maha tinggi itu elok saja dimanfaatkan ke atas perkara lain, seperti kebajikan dan tanggungjawab sosial
2) Ini bukan kali pertama, sebelum ini Super Junior di Perhimpunan Sejuta Belia
3) Diri ini masih boleh menerima jika wang itu digunakan kembali kepada kaum cina sebagai meraikan perayaan mereka.
4) Apa faedah yang kita perolehi?

#sekadar perincian mudah atas isu panas yang sensasi

Thursday, 7 February 2013

#khutbahjumaat

Zikrul Maut

Menarik dengan khutbah kali ini. Dikala sibuk memikirkan persiapan bergelar remaja 22 tahun, hampir terlupa pada persiapan maut yang tak mengenal umur. Antara intipati khutbah kali ini:

1) ajal maut tidak pernah lari daripada ketentuan Allah. Tepat dan efektif
2) ajal maut tak mengenal usia, pangkat mahupun harta
3) jangan berlengah dalam bertaubat. Sebaik sahaja sedar ada kesilapan, lekaslah bertaubat.

Di waktu kita sibuk merancang dunia ini, jangan kita lupa bekalan akhirat.

#politik

Kuasa Media

Sebelum ini tidak pernah dijemput mana-mana ahli dari pihak 'sebelah sana' untuk menjadi ahli panel. Namun kali ini amat menarik perhatian apabila seorang tokoh parti 'sebelah sana' dijemput untuk memberi pencerahan. Perkara yang dibincangkan sudah tentu tentang kesediaan kedua-dua parti untuk PRU13. Ada beberapa aspek yang menjadi persoalan positif dan negatif di mata aku. Mungkin pendapat ini salah dan mungkin juga ada rasionalnya,

Persoalan positif
1) Keterbukaan pihak 'biru' untuk berbicara tentang politik.
2) Peluang kepada pihak 'hijau' untuk diketengahkan, kerana bukan mudah untuk mereka menembusi media massa sekarang yang dikawal ketat oleh pihak lain.

Persoalan negatif
1) Kenapa sekarang baru dijemput panel dari pihak lain untuk memberi pendapat
2) Kenapa dijemput tokoh tersebut untuk menjadi panel? Adakah mengambil kesempatan sempena pemecatan beliau?
3) Kenapa tidak dijemput panel yang sepatutnya, pada topik terdahulu. Tokoh lain yang keluarkan amanat, tapi tokoh lain yang jadi panel. Dah tentu buruk responnya.
4) Kenapa tokoh ini ditanya lebih tentang permasalahan dalam parti beliau? Adakah sebagai alat untuk kempen PRU13. Memperlihatkan kekurangan dalam parti lain, dan melebihkan parti satu lagi.

Konklusinya, hamba suka pada keterbukaan yang ditunjukkan oleh pihak media ini. Membenarkan dan memberi peluang kepada pihak sepatutnya untuk membuat pencerahan. Hamba tidak ada pada mana2 pihak. Tetapi hanya menulis dari mata seorang rakyat.Apalah yang ada pada pendapat seorang remaja berusia 22 tahun?

*ini hanya pendapat sahaja. Jauh sekali memberi kecaman pada mana-mana pihak


#motivasi

Masalah dan Kopi.

Hidup kita memang sentiasa dihujani masalah, dugaan dan cabaran. Kata orang, hidup tak indah jika tidak diuji. Kerana ujian itulah yang menjadikan manusia lebih daya tahannya. Analogi seorang ustaz tentang masalah dan manusia amat menarik perhatianku sehingga tergerak untuk aku berkongsi semula.

Katanya, masalah dalam hidup kita ibarat segenggam serbuk kopi. Jika kita larutkan serbuk kopi itu didalam cawan kecil, nescaya pahit benar rasa kopi itu. Tetapi cuba kita larutkan segenggam kopi itu dalam sebuah telaga ataupun kita campakkan ke dalam laut. Pasti hilang rasa pahit kopi itu.

Dua pengajaran aku belajar daripada analogi ini:

1) Masalah diibaratkan sebagai segenggam kopi. Maksudnya, masalah itu kekal dan akan sentiasa datang. Malah Allah pun kata, Dia akan uji hambaNya. Dan ujian ini adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya. Sedangkan dalam sistem pembelajaran kita pun diterapkan ujian peperiksaan sebagai penanda aras terhadap kesediaan kita dalam akademik. Untuk naik ke semester seterusnya, haruslah lulus semester sebelumnya. Begitu juga ujian Allah. Mustahil sangat bagi kita untuk tidak menerima sebarang masalah dalam hidup ini. Jadi bersedialah sentiasa untuk menghadapinya.

2) Kuantiti air itu ibarat hati dan jiwa kita. Jika besar jiwa kita, nexcaya mudah saja kita menangkis masalah itu. Contoh paling dekat adalah pesakit kanser. Kebanyakan pesakit yang berjaya keluar daripada kepompong masalah itu selalu digelar sebagai manusia berjiwa besar. Jiwa besar inilah yang kita perlukan untuk menghadapi sebarang masalah. Kata orang juga, " Alah bisa , tegal biasa". Makin lama kita menanam benih ketabahan dalam diri, makin kuat kita untuk menghadapi masalah mendatang.



#bisikanhati

Jika rakan di Australia menganggap hari jadi yang ke-21 adalah hari jadi yang perlu diraikan dengan penuh gilang - gemilang, aku pula berbeza pandangan daripada mereka. Hal ini kerana, mungkin bagi mereka, umur 21 tahun membawa erti kebebasan kepada mereka, namun bagiku tahun ini aku bakal menyambut hari yang paling gemilang. Tanggal 22 Febuari ini aku bakal berumur 22 tahun. Dan tahun ini juga menandakan tahun ke-2 aku berada di Australia. Semoga dicucuri dengan rahmat Allah pada hari gemilang nanti.