Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Tuesday, 29 April 2014

MASCouch

Salam,

Inisiatif baru yang aku rasakan berpatutan untuk diketengahkan. Walaupun ini idea cedukan, tetapi apabila dimurnikan kepada kumpulan sasaran yang betul in shaa Allah ianya akan memberi manfaat. Idea asal yang dikemukakan sahabat aku ini ada relevannya. Setiap kali musim cuti, perancangan untuk melancong akan direcanakan. Namun tempat tinggal atau penempatan sementara sering menjadi masalah. Tambahan pula kos sewaan hotel yang agak tinggi di negara ini membuatkan ramai yang mematikan niat untuk berjalan-jalan.

Selain menumpang berehat, inisiatif ini dapat menjadi platform alternatif untuk pelajar berkenalan dan bertukar-tukar pengalaman hidup di negara orang. Jika sebelum ini perkenalan hanya terhad kepada laman  sosial dan program-program tertentu sahaja. Tapi dengan inisiatif ini, pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar lain dan bersemuka terus dengan mereka.

Konsep sama yang diaplikasikan oleh rata-rata pelancong berkonsepkan 'backpacking', tapi inisiatif ini lebih memfokuskan kepada interaksi pelajar Malaysia di Australia. Dengan garis panduan yang ketat dan batasan-batasan penting yang telah ditetapkan, para pelajar dapat menikmati suasana yang lebih selesa ketika melancong di samping dapat menjimatkan kos.

Walau bagimanapun, masih banyak lagi perincian penting yang perlu diteliti agar inisiatif ini tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Terutamanya isu pergaulan jantina dan perlakuan sosial. Bimbang juga pengelola yang menanggung dosa nanti.

MASCouch 
10aud per person per day
2 aud service charge on every single booking on each person 
host get 10 aud
Food on own expenses 
Only space to sleep 
Space- room, living room, a bed 
Electricity, internet, water included 
Gender strict - guy host for guy guest vice versa 
No mixed gender 
Alcohol restricted 
No party allowed 
Only a place to rest and sleep whenever on vacation 
Strictly for Malaysian student 
Kitchen and laundry use are at host approval 
Pay before arrival 
Guest may arrange pick up from train station or airport with host (charges may apply) 
The space booked is strictly for rest and sleep. Not for other uses 
Host may bring guest around the city or any interesting places. But it is all out of the contract and based on the host-guest decision 
No extra charges can be asked from the guest 
Host has to provide suitable space for prayer/meditation 
Pet friendly host/guest has to be stated 
Smoking friendly host/guest has to be stated 
Booking has to be made a week prior arrival 
Approval email will be sent and a copy of the approval has to be printed out and bring to the host 
Any cancellation from both sides (host & guest) has to be informed 5 days prior arrival date 
No additional stay is allowed. Everything is based on how many days you booked for 
Host and guest is not bounded together by any event or activities. Guest is free to have their own time. 
Host may set their own curfew time and guest has to obey to it 
Any rules set by the host regarding hygiene and cleanliness are meant to be followed by the guest 
Number of people staying has to be exactly the same as what stated in the booking 
No extra person outside the booking is allowed 
Guest will always be guest. Guest has their own right. They are not maid or follower. However host is always host. They also have right 
Host may ask guest to go out the space if they don't feel happy with the guest 
Complaint can be made to the admin  
Host and guest who does not obey the rules may be kicked out from the program 
First warning - yellow color host/guest 
Second warning - red color host/guest 
Third warning - blacklist

Apapun, inisiatif ini hanyalah bersifat idea kosong semata-mata. Mana tahu ada pihak berminat untuk melabur dalam idea ini. Ucapan tahniah atas buah fikiran sahabatku yang bernas.  
"Great people talk about ideas"

#MASCouch #ideakosong

Monday, 28 April 2014

Geram

Salam,

Setiap bulan pasti rungutan ini kembali. Hidup selama 6 bulan yang menyeksakan. Biarpun jelas keperitan hidup ini disebabkan seseorang, namun amarah ini perlu dikawal dek kerana persahabatan. Tapi kalau dah sengsara sampai terpaksa ikat perut terhadap benda-benda kehendak seperti Chatime, Cheesecake, BaskinRobbin dan Pancake, memang naik darah juga dibuatnya.

Tak tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kadang teringin juga nak buat perkara sama kembali, supaya orang tersebut dapat merasai apa erti keperitan ini. Tapi itulah, persahabatan membataskan segalanya.

Hidup berpandukan setengah elaun sara diri memang bukan mudah. Namun, demi tak mahu mencetuskan api pertelingkahan, segalanya dipersetujui sahaja.

Apa pengajarannya? Mohon siapa sahaja fikirkan tentang orang lain. Sebelum sesuatu keputusan diambil, fikirlah sebaik-baiknya. Jangan hanya kisah pada perut sendiri sehingga mengabaikan perut-perut lain yang juga perlu diisi.

#elaunmara #saradiri #geram

Friday, 25 April 2014

AHA ( Aliran Hati Anip)

Salam,

7 pagi aku tiba di Central Station Sydney. Perjalanan selama 12 jam dari Melbourne tidak dirasai. Mungkin kepenatan jiwa dan fizikal buatkan aku hilang dalam dunia tidur. Tiket segera dibeli untuk meneruskan perjalanan ke Newcastle buat 3 jam lagi. Menjadikan perjalanan hampir 16 jam dari Melbourne ke pintu rumah. Pengorbanan? ahh.. siapa melihat pengorbanan sekecil itu.

Selesai tugas selaku pemerhati MASA '14. Lantikan siapa jawatan ini? Aku sendiri melantik diri ini. Menjadi pemerhati utama bukan pengkritik. Kenapa memerhati sedangkan boleh menawarkan diri? Belajar. Itu kata kunci utama kepada lantikan diri aku ini. Event management adalah satu bidang yang belum aku mahir. Terutama event besar seperti MASA yang menelan belanja ratusan ribu dolar. Pasti perlukan satu janakuasa kuat bagi melaksanakannya. Bukan itu saja, pengalaman dan kemahiran yang kritis amat perlu bagi melancarkan segala yang dirancang. Tugas selaku pemerhati berjaya aku laksanakan.

Namun ada, matlamat kecil yang turut aku letakkan sepanjang penglibatan aku dalam MASA kali ini. Meletakkan nama MYSUN di persada yang lebih tinggi, meluaskan jaringan MYSUN dan banyak lagi. Bagi aku, matlamat- matlamat ini juga berjaya dicapai. 

Bayangkan tatkala wakil University of Newcastle, Nurul Nadiah Ghazali dipanggil naik untuk mengambil anugerah. Biarpun itu usaha individu, namun nama Newcastle yang dibawa itu cukup membanggakan. 

Bayangkan juga tatkala nama MYSUN disenarai pendek dalam lima kelab terbaik seluruh Australia. Pasti meremang segala bulu saat nama MYSUN diumumkan. Semua ini satu kejayaan bagi aku dan pasukan MYSUN.

Bayangkan pabila melihat anak muda MYSUN mewakili NSW dalam sukan masing-masing. Melihat mereka bermain dengan penuh fokus demi menggapai kejuaraan. Betapa bangganya seorang pemerhati tatkala melihat anak buah sendiri mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Malah ada yang mencapai kejayaan tempat pertama dan kedua. Bermula daripada hanya sebuah kelab kampung (MYSUN) kepada kejayaan melahirkan beberapa atlet muda mewakili negeri. Ini semua satu kejayaan bagi seorang pemerhati.

Aku bangga. Bukan dengan diriku. Tapi dengan komitmen mereka. Siapa mereka? Mereka adalah yang sentiasa memberi semangat, yang sentiasa memberi sokongan, yang sentiasa pandang kehadapan, yang sentiasa positif, yang sentiasa tahu erti kebaikan. Tanpa ada rungutan reimbursement, tanpa ada teriakan minta balasan, tanpa ada ugutan hadiah sebagai balasan. Mereka ini berjiwa besar. Mereka ini tulus hati, Mereka ini pejuang sejati. Mereka ini pengganti pemimpin suatu hari nanti.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih semua...

#MASA14 #MYSUN

Monday, 14 April 2014

Kawan baru

Salam,
Hujung minggu lepas aku terima jemputan 'housewarming' daripada seorang kawan. Baru pindah. Orang baru di bumi Newcastle ini. Aku dan kawanku merupakan tetamu pertama yang tiba. Memang pembuka majlis. Sementara menanti tetamu lain tiba, aku mulakan bicara dengan tuan rumah. Banyak perkara yang kami bicarakan terutamanya mengenai rumah baru yang mereka duduki. Bermula bicara hal sewa rumah sehinggalah 'mini tour' around the house. Secara keseluruhan, rumah tersebut memang amat sesuai untuk diduduki oleh dua orang, memandangkan keadaan rumah yang sederhana besar.

Semasa rancak bercerita, aku mendapat tahu bahawa tuan rumah ini merupakan seorang pelajar jurusan Psikologi, salah satu bidang yang aku minati. Sebaik sahaja aku sedar bahawa kami ada titik persamaan, percakapan kami mula terarah kepada bidang tersebut. Banyak yang aku tanyakan, bermula daripada penglibatan awal dalam bidang tersebut sehinggalah plan jangka panjang dalam hidup beliau.

Bagi aku, si tuan rumah ini amat beruntung. Disebabkan pendedahan awal yang ada pada beliau membuatkan beliau berpeluang meneroka luas dalam bidang ini. Bagi aku, tak ramai yang ada pengetahuan luas tentang bidang ini dek kerana pendedahan yang kurang di negara kita. Apa yang kita tahu hanyalah Kaunselor dan Penceramah Motivasi. Sebaliknya bidang Psikologi ini lebih meluas lagi daripada apa yang kita sangkakan.

Human behavior merupakan aspek yang kami berdua minati. Kalau dahulu, apa yang aku tahu hanyalah dua bidang utama, perubatan dan kejuruteraan. Bagi aku, dua bidang ini ialah keperluan utama sebelum aku dapat meneruskan pengajian dalam bidang lain yang aku minati. Seolah-olah macam requirement penting sebelum mana-mana pelajar menyambung pengajian dalam bidang lain. 


Sekarang baru aku sedar bahawa sebenarnya peluang pengajian memang terbentang luas di negara kita. Cuma mungkin orang seperti aku memilih untuk tidak meneroka luas bidang pengajian yang ditawarkan. Sebaliknya hanya menerima sahaja apa yang diberikan. Walau bagaimanapun, aku masih lagi bersyukur dapat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk mengenali bidang- bidang lain yang ada dibawah bidang perkhidmatan kesihatan ini. In shaa Allah, jika berpeluang aku akan menyambung pengajian dalam bidang tersebut. Moga-moga lebih ramai lagi graduan Psikologi Muslim yang dapat dilahirkan.

Tahniah kepada si tuan rumah. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Have fun with your study life in Newcastle.

#ombaknewcastle #bogeyhole
#gambarsekadarhiasan