Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Monday, 14 April 2014

Kawan baru

Salam,
Hujung minggu lepas aku terima jemputan 'housewarming' daripada seorang kawan. Baru pindah. Orang baru di bumi Newcastle ini. Aku dan kawanku merupakan tetamu pertama yang tiba. Memang pembuka majlis. Sementara menanti tetamu lain tiba, aku mulakan bicara dengan tuan rumah. Banyak perkara yang kami bicarakan terutamanya mengenai rumah baru yang mereka duduki. Bermula bicara hal sewa rumah sehinggalah 'mini tour' around the house. Secara keseluruhan, rumah tersebut memang amat sesuai untuk diduduki oleh dua orang, memandangkan keadaan rumah yang sederhana besar.

Semasa rancak bercerita, aku mendapat tahu bahawa tuan rumah ini merupakan seorang pelajar jurusan Psikologi, salah satu bidang yang aku minati. Sebaik sahaja aku sedar bahawa kami ada titik persamaan, percakapan kami mula terarah kepada bidang tersebut. Banyak yang aku tanyakan, bermula daripada penglibatan awal dalam bidang tersebut sehinggalah plan jangka panjang dalam hidup beliau.

Bagi aku, si tuan rumah ini amat beruntung. Disebabkan pendedahan awal yang ada pada beliau membuatkan beliau berpeluang meneroka luas dalam bidang ini. Bagi aku, tak ramai yang ada pengetahuan luas tentang bidang ini dek kerana pendedahan yang kurang di negara kita. Apa yang kita tahu hanyalah Kaunselor dan Penceramah Motivasi. Sebaliknya bidang Psikologi ini lebih meluas lagi daripada apa yang kita sangkakan.

Human behavior merupakan aspek yang kami berdua minati. Kalau dahulu, apa yang aku tahu hanyalah dua bidang utama, perubatan dan kejuruteraan. Bagi aku, dua bidang ini ialah keperluan utama sebelum aku dapat meneruskan pengajian dalam bidang lain yang aku minati. Seolah-olah macam requirement penting sebelum mana-mana pelajar menyambung pengajian dalam bidang lain. 


Sekarang baru aku sedar bahawa sebenarnya peluang pengajian memang terbentang luas di negara kita. Cuma mungkin orang seperti aku memilih untuk tidak meneroka luas bidang pengajian yang ditawarkan. Sebaliknya hanya menerima sahaja apa yang diberikan. Walau bagaimanapun, aku masih lagi bersyukur dapat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk mengenali bidang- bidang lain yang ada dibawah bidang perkhidmatan kesihatan ini. In shaa Allah, jika berpeluang aku akan menyambung pengajian dalam bidang tersebut. Moga-moga lebih ramai lagi graduan Psikologi Muslim yang dapat dilahirkan.

Tahniah kepada si tuan rumah. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Have fun with your study life in Newcastle.

#ombaknewcastle #bogeyhole
#gambarsekadarhiasan

No comments:

Post a Comment