Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Saturday, 12 July 2014

Membina sebuah perhubungan

Salam Ramadhan,

Bukan senang kita nak menjalinkan hubungan perasaan dengan seseorang. Tambah lagi kalau itu yang pertama kali buat kita. Bila ada si dia yang kita minati, mulalah mengorak langkah mengatur strategi supaya hati si dia kita menangi. Bukan senang nak bagi seorang perempuan percaya dengan isi hati kita. Tambahan pula wanita memang tak akan memberikan 100% fokus pada sesuatu yang dia sendiri tidak yakin. Maka, nak membina keyakinan dalam diri dia bahawa dialah yang kita cintai itu sangat sukar. Malah akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Untunglah kalau dapat wanita yang cepat yakin dan percaya.

Berdasarkan pengalaman, memang fasa pertama sesebuah perhubungan itu adalah membina keyakinan dalam diri masing-masing. Diri kita kena yakin bahawa dialah yang terbaik untuk kita dan kita kena yakinkan dia bahawa kita juga adalah yang terbaik untuk dia. Dalam tempoh ini, pelbagai cara akan digunakan. Sogokan wang, rasuah hadiah dan cederahati serta berbagai cara lagi yang akan digunakan si lelaki mahupun si wanita untuk memenangi hati kekasih masing-masing. Memang dalam tempoh ini pengorbanan dari segala aspek amatlah perlu. 

Fasa seterusnya adalah mengenal dengan lebih mendalam. Pada waktu ini, mulalah kita dikenalkan dengan ahli keluarga si dia, mula diajak ke rumah dan mula mendengar kisah-kisah silam si dia. Harus waspada pada fasa ini kerana ramai pasangan yang terkandas sewaktu mencecah fasa ini. Hal ini kerana, fasa ini banyak memerlukan kita untuk menerima pasangan kita seadanya. Mungkin ada kisah silam dia yang sangat tidak kita sukai, mungkin juga ada bantahan daripada ahli keluarga si dia dan mungkin juga faktor luar yang lain datang melanda. Apa yang penting, pada fasa inilah kita kena banyak bersabar dan kembali kepada niat asal kita menjalinkan hubungan dengan si dia. Selalu ingatkan diri bahawa manusia itu tidak sempurna dan kita juga tidak sempurna. Cara terbaik untuk memastikan kedua-dua belah pihak faham adalah untuk sentiasa berkomunikasi dan berbincang. Perbincangan yang matang akan dapat menyelesaikan masalah yang melanda. Belajarlah menerima seseorang dengan hati yang terbuka, kerana dia juga menerima kita dengan hatinya yang terbuka.

Mesej yang nak disampaikan daripada nukilan ini ialah, proses nak menjalinkan hubungan ini amatlah sukar. Sampaikan ada kalangan individu yang trauma dengan kegagalan pada cubaan pertama dan tidak mahu mencuba lagi. Ada juga yang sudah penat mencuba sehingga tidak sanggup lagi. Biar apa pun situasi kita, betulkan niat pada awal perkenalan itu. Kalau niatnya menjurus ke arah sebuah keluarga bahagia, in shaa Allah akan dimudahkan Allah.

#rencana ini ditulis sekadar luahan perasaan dan sedikit perkongsian pengalaman. Langsung tiada niat untuk menggalakkan sesiapa untuk bercinta dengan berpandukan tips yang diberikan.

Hauzan Muttaqin

1 comment:

  1. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete