Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Monday, 11 August 2014

Ya Allah, selamatkan aku

Salam,

Semalam dengar ceramah online kat facebook. Pengisian ceramah tersebut benar-benar buat aku berfikir kembali. Kata ustaz, ada satu hadis qudsi yang mengarahkan anak adam untuk luangkan masa beribadah kepada Allah. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang(pesanan cliche yang amat susah untuk manusia turuti). Kerana disebalik suruhan itu ada dua perkara yang dikurniakan Allah. Di mana dua perkara ini daripada awal lahir sehinggalah nak mati memang kita impikan dua nikmat ini.

Pertama, Allah akan tenangkan hati orang yang beribadah.
Allah akan jadikan masalah disekeliling kita selesai dengan mudah. Contohnya, Allah beri kita belajar cepat faham, cepat ingat. Bukan nak kata masalah terus tiada. Masalah tetap ada. Tapi Allah akan bantu selesaikan semua masalah dengan mudah

Kedua, Allah akan tutup kemiskinan orang yang beribadah.
Allah akan tutup semua pintu susah. Contoh, hari ini dapat gaji, esok kereta rosak. Atau hari ini belajar, esok dah lupa. Allah akan sediakan rezeki dari pelbagai pelusuk.

Ini antara dua nikmat yang Allah beri, di mana semua golongan manusia inginkan. Mengambil iktibar daripada hadis qudsi ini, aku kaitkan hidup aku dengan iktibar hadis ini.

Selalu saja diri ini dibelenggu masalah dan rasa kusut. Lepas satu, datang lagi dua masalah. Mungkin ini boleh dijadikan indikator kepada tahap ibadah aku kepada yang Maha Berkuasa. Kalau makin banyak masalah dan amat sukar diselesaikan, bolehlah aku simpulkan diri aku makin jauh daripada Allah.

Bila belajar, susah nak faham. Dah faham, selalu pula lupa. Bila nak exam, asyik blank.
Kemudian, ada saja ujian dan cabaran yang melanda. Memang ujian tu untuk menguatkan kita. Tapi rasa susah pula nak hadapi ujian yang mendatang. Selalu saja rasa diri tak mampu. Rasa diri macam dah tak boleh bertahan. Mungkin semua ini petanda jelas daripada Maha Pencipta untuk kembali kepadanya. Kerana semua jalan penyelesaian ada padaNya. Hanya Dia mampu selesaikan semua masalah.

Biar apa sekalipun masalah kita. Perhubungan, percintaan, pelajaran, kewangan, keluarga. Semuanya ada jawapan dan penyelesaiannya. Cuma kita perlu kembali kepada yang Maha Kuasa.

Jadi jawapannya, kenalah ikut apa suruhanNya. Tak rugi kalau kita korbankan keseronokan dunia dan utamakan keseronokan akhirat.

No comments:

Post a Comment