Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Thursday, 6 November 2014

Kekangan bahasa

Salam,

 Dua tiga hari lagi menjelang peperiksaan semester. Persiapan giat dijalankan bagi mematikan keputusan yang diimpikan menjadi realiti. Setakat hampir sebulan bergelumang dengan buku perubatan, hampir lebih 20 kali juga timbul di benak hati memikirkan mengapa dan kenapa jurusan ini yang dipilih. Jurusan paling lama tempoh masa, paling lambat graduasi, paling susah, paling mencabar, paling memerlukan banyak masa menelaah dan sesetengah orang merasakan ianya paling bosan. Apa pun pendapat aku mengenai jurusan ini, percayalah bahawa ini pilihan yang aku buat suatu ketika dulu. Dan memang ini pilihan jalan yang aku hendaki. Syukur setakat sekarang, aku masih waras mengawal perasaan dan diri dalam menempuh badai ganas di alam belajar ini biarpun ramai yang sudah kecundang.

Walaubagaimana pun, amatlah sukar bagi aku untuk menghadapi saat dan ketika ini apabila kosa kata yang asyik benar menjadi input kepada pendengaran aku hanyalah "belajar" "wajib lulus" "jangan main". Benar, ini semua kosa kata penting bagi seorang pelajar. Belajar perlu serius, perlu lulus dalam peperiksaan dan jangan banyak main. Namun begitu, aku rasakan lemas tatkala asyik benar mendengar ungkapan-ungkapan ini. Seolah-olah tiada perkataan lain yang mahu diluahkan kepada aku. Apa yang mereka tahu hanyalah dihujung peperiksaan nanti mereka mahu mendengar perkataan lulus. Proses ke arah mencapai perkara tersebut langsung tiada yang mengendahkan.

Beginilah. Mari kita tukar kasut. Kita cuba faham bagaimana mencabarnya situasi seorang pelajar perubatan di sini. Kita cuba alami dan cuba fahami. Mungkin dengan cara itu barulah kita dapat lebih toleransi dengan mereka.

Bukan aku minta diberi kebebasan luar jangkauan. Cukuplah sekadar memberi peluang dan ketika untuk aku bernafas sebentar daripada sesaknya belajar. Sekurang-kurangnya ada masa untuk aku rehatkan minda daripada lelahnya menelaah. 

Jurusan ini memang sangat mencabar. Jurusan yang bakal membunuh minat sedia ada. Dek kerana masa dan fokus yang dituntut jurusan ini amatlah luar biasa.

#nukilananakmuda


1 comment:

  1. Good luck bro untuk peperiksaan akan datang. :)

    ReplyDelete