Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Friday, 27 February 2015

Got this from Facebook


Betul apa kata Winston Churchill, tapi jangan lupa bahawa setiap kali jatuh itu pastinya datang dengan luka berdarah dan parut bernanah.
Jadi, kalau boleh elak daripada asyik jatuh beberapa kali, lebih afdhal elakkan.

Walaubagaimana pun, hanya yang tekad dan nekad memegang azam sahaja yang mampu jatuh bangun, jatuh bangun dan jatuh bangun. Jadi, bagi sesiapa yang pernah tanam azam, pernah simpan cita-cita, jangan berhenti menggapai mimpi(impian yang logik). In shaa Allah suatu hari anda pasti menggenggamnya.

#nukilanhati #penglamansendiri


Monday, 23 February 2015

Aku Akan Terbang

Salam,

Dah banyak sangat dah hati yang terluka selama ini. Lebih parah bila melibatkan ahli keluarga sendiri dan satu barah bila ibu bapa sendiri turut terasa.

Sebagai anak, apa lagi matlamat hidup kalau bukan untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Melihat mereka tertawa gembira dan senyum lebar atas kejayaan kita adalah mimpi indah yang ditagih untuk direalisasikan.

Maka 2015 ini aku tetapkan nekad, bulatkan hati dan pasakkan azam. Tidak lagi aku sanggup untuk melukai hati sesiapa terutama insan-insan tersayang dan yang menyayangi aku sepenuh jiwa dan raga mereka. Moga azam ini akan sentiasa melekat di benak hati ini.

Biarpun terkadang rasa berlainan pendapat dengan ahli keluarga dan ibu bapa. Tapi aku yakin, berkat mendengar dan menuruti kata ibu bapa itulah yang akan memastikan kejayaan aku. Malahan dah banyak kali pesanan dan teguran ibu bapa itu berubah menjadi memori indah dalam hidup dek kerana impak keberkesanan teguran mereka membuatkan kita berjaya.

Aku yakin dan percaya, inilah yang terbaik. Inilah yang bakal menjadi titik pusingan hidup aku.

Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih keluarga bahagia. Terima kasih kepada yang sentiasa menyayangi.

Aku akan terbang!!!

#2015 #aha #monolog

Thursday, 19 February 2015

Angkat Kaki

Salam,

Tak berapa hari lagi sebelum perjalanan tahun 2015 di bumi Kangaroo bakal bermula. Bila dah kena buka semula beg bagasi besar untuk mengisi barang-barang, mulalah rasa sedih dan hiba. Bukan senang nak tinggalkan kampung halaman biarpun sudah tiga tahun belajar di perantauan. Memang seronok bila orang dengar, "Wah, belajar luar negara!", "bestnya duk oversea!", tapi hakikatnya keseronokan itu hanya bertahan lima ke tujuh hari pertama sahaja. Kemudian, bertarunglah anda dengan segala macam perasaan. Baik 'abg sado', baik wanita sejati pasti akan merasai betapa sukarnya meninggalkan kampung halaman.

Namun begitu, ini adalah jalan yang kami, anak-anak perantau pilih. Maka kami tekad dan nekad untuk meneruskan apa yang kami mulakan. Sungguh, kami mengharapkan doa rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan keberadaan kami di sana sentiasa dalam rahmat Allah dan dilindungi daripada segala macam perkara buruk dan tidak diingini.

Ya Allah, jadikanlah perjalan aku di tahun 2015 ini suatu perjalanan yang diredhai, selamatkanlah perjalanan pergi dan balik aku, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk hambaMu ini. Moga dengan kejayaan itu, dia dapat menjadi seorang insan yang soleh dan taat kepada perintahMu.

Berat hati, namun ku gagahkan jua.
Terima kasih untuk tiga bulan yang penuh pengalaman

#countingdays #angkatkaki 
#nukilan anak perantau

Wednesday, 18 February 2015

Bukan Senang

Salam,

Bukan senang kita nak dapat seseorang yang memahami diri kita. Faham dalam erti kata betul-betul tahu apa kita rasa apabila menghadapi sesuatu situasi. Beruntunglah kepada sesiapa yang ada sahabat atau kenalan mahupun 'rakan rapat' yang boleh faham isi hati kita. Tambah lagi apabila kita dan dia datang daripada latar belakang yang berbeza, tetapi dia mampu memahami diri kita seolah-olah dia dan kita dari sumber yang sama.

Terima kasih kepada insan yang betul-betul faham isi hati ini. Bukan senang nak dapat insan sebegini rupa. Saya amat menghargai pengorbanan yang beliau lakukan. 

Terima kasih sebab sentiasa cuba faham apa yang terbuku di hati. Moga Allah redha dengan segala ketentuan.

#nukilanhati
#terimakasih