Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Monday, 23 February 2015

Aku Akan Terbang

Salam,

Dah banyak sangat dah hati yang terluka selama ini. Lebih parah bila melibatkan ahli keluarga sendiri dan satu barah bila ibu bapa sendiri turut terasa.

Sebagai anak, apa lagi matlamat hidup kalau bukan untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Melihat mereka tertawa gembira dan senyum lebar atas kejayaan kita adalah mimpi indah yang ditagih untuk direalisasikan.

Maka 2015 ini aku tetapkan nekad, bulatkan hati dan pasakkan azam. Tidak lagi aku sanggup untuk melukai hati sesiapa terutama insan-insan tersayang dan yang menyayangi aku sepenuh jiwa dan raga mereka. Moga azam ini akan sentiasa melekat di benak hati ini.

Biarpun terkadang rasa berlainan pendapat dengan ahli keluarga dan ibu bapa. Tapi aku yakin, berkat mendengar dan menuruti kata ibu bapa itulah yang akan memastikan kejayaan aku. Malahan dah banyak kali pesanan dan teguran ibu bapa itu berubah menjadi memori indah dalam hidup dek kerana impak keberkesanan teguran mereka membuatkan kita berjaya.

Aku yakin dan percaya, inilah yang terbaik. Inilah yang bakal menjadi titik pusingan hidup aku.

Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih keluarga bahagia. Terima kasih kepada yang sentiasa menyayangi.

Aku akan terbang!!!

#2015 #aha #monolog

No comments:

Post a Comment