Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Sunday, 8 March 2015

Al- fatihah

Salam, 

Masih segar dalam ingatan waktu tahun pertama di Newcastle. Malah masih ingat waktu dan ketika aku menerima mesej daripada Malaysia. Innalillah. Jantung berdegup kencang bagai tak percaya mesej yang dibaca. Namun pengirim mesej tenang. Redha dengan apa yang berlaku. Mungkin berita terlalu mengejut sehingga belum sempat perasaan meresap masuk ke dalam hati. Apa yang ada hanyalah kekeliruan samada benar atau tidak berita tersebut.

Tapi hari demi hari yang berlalu membuktikan betapa keluarga ini ialah antara keluarga paling kuat berserah pada Allah dan redha dengan ketentuan yang berlaku. Aku kagumi tiap kerja buat mereka sekeluarga. Si kakak tak kekok mengambil alih tugas menjaga adik-adik biarpun hari penting bakal tiba tidak lama sahaja lagi.

Tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaanku jika aku yang menghadapi keadaan seperti itu. Hilang insan disayangi merangkap insan yang melahirkan kita pada umur awal 20-an (belasan tahun buat si adik). Tambah mengejutkan pabila tiada alamat atau tanda awal sebelum kejadian berlaku.

Aku masih ingat lagi, tiap hariku menghantar mesej bertanyakan khabar. Seminggu pertama tampak sukar buat mereka. Namun langsung tak terserlah di riak wajah mereka(respon yang diberikan oleh orang ramai). Masuk bulan pertama, mula ada rasa kekosongan menyelinap masuk. Sampaikan pernah terungkap daripada mulut si anak bahawa ibunya berkursus panjang di suatu tempat jauh. Sukar amat bagi aku yang tidak pernah menghadapi keadaan ini untuk mengawalnya. Kehilangan insan yang amat disayangi bukan perkara mudah. Malah aku tak layak berbicara hal ini kerana aku bukan dalam kalangan mereka yang mengalaminya.

Sungguh, aku hormati dan kagumi mereka yang tergolong dalam kalangan ini. Masih mampu berdiri meneruskan hidup menggapai kejayaan. Tahniah buat anda semua!

Mari sama- sama kita sedekahkan al-Fatihah buat ibu kepada sahabat baik saya, Nurasyikin Mohd Murshid. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Arwah seorang ibu yang terbaik, lemah-lembut dan amat baik hati(biarpun sempat mengenali arwah dalam masa yang singkat)

Al fatihah buat arwah Rogayah bt Osman 
#08031966 #49th

No comments:

Post a Comment