Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Friday, 13 March 2015

Indahnya manusia pada kelemahannya...

Salam,

Lain bunyi tajuknya. Sebab selalunya keindahan ini pasti dikaitkan dengan kebaikan. Tapi ini memang berdasarkan pendapat dan pemikiran aku sendiri. Mungkin tafsiran manusia lain-lain. Jadi, sama-samalah kita raikan perbezaan yang ada.

Bagi aku, keindahan sesuatu(terutamanya hubungan manusia) adalah pada kelemahan yang ada pada manusia itu sendiri. Sebab aku rasa tanpa kelemahan yang ada pada manusia, hubungan antara mereka akan menjadi 'plain', 'expectable dan tidak mencabar.

Kalau manusia ini semua baik sahaja(bukan nak suruh jadi jahat). Tak pernah tersilap langkah, tersalah kata, terguris rasa pasti kita tak akan faham erti memberi dan menerima kemaafan. Malah mungkin juga tidak akan wujud frasa kemaafan itu.(tapi tak bermaksud kita dengan sewenangnya boleh melakukan kesalahan)

Berdasarkan pengalaman sendiri, dengan kesalahan(kekurangan diri) itulah kita belajar memperbaiki diri. Kita sedar kelemahan diri kita yang tidak disenangi orang lain(terutama pasangan kita). Kita peka dengan perasaan orang lain tatkala melemparkan kata-kata mahupun langkah bicara. Kesalahan juga membuatkan kita lebih 'vulnerable' dengan pasangan kita. Maksudnya, dia tahu apa kekurangan kita dan dia akan cuba membantu menampung kelemahan itu dan begitu juga sebaliknya. Bukankah itu suatu keindahan?(haha.. mungkin tidak bagi sesetengah manusia)

Aku sedar bahawa memang benar kalau kita dapat elakkan daripada melakukan kesalahan, lebih indah lagi hubungan itu akan berterusan. Namun begitu, jangan kita lupa yang dalam pelayaran kita sepanjang hidup itu pasti ada tergelincir dari landasan perancangan, terjatuh dari pentas kebaikan dan mungkin juga terjebak sebagai mangsa keadaan. Ini semua sudah tentu akan mencederakan hati orang lain atau lebih khusus lagi pasangan kita. Maka disinilah akan membuktikan karakter sebenar kita sebagai pasangan, sama ada kita akan mula menyalahkan atau akan bersama untuk berbincang mencari penyelesaian.

Aku percaya ciptaan Allah yang ada kelemahan inilah yang membuatkan kita lebih 'enjoy' mengenali seseorang. Sebab kalau dia seorang yang 'superior' sangat pun (yakni terlampau baik dan lengkap) pasti kita tidak akan menikmati alunan arus kehidupan yang tatkala dibawah dan terkadang diatas. Kadang-kadang, kelemahan yang ada itulah yang akan kita kongsikan dan sama-sama tertawakan. 

"eh, you ni gelak kuat sangatlah", 
"you... i tak pandailah nak posing2 amek gambar ni... i malu..", 
"you... i tak reti main bolinglah... i taknak main dengan you.. nanti i kalah, u gelakkan i...", 
"you... i tak reti masak sangat... mak you nak menantu pandai masak ek?", 
"alaa..i ni memang jenis suka berahsia sikit... sampai masa yang sesuai baru i boleh ceritakan... perangai i mmg cmtula.. sorila.."
"alaa.. sorila i tak pandai sangat buat surprise. nanti i belajar ye.. i tau u suka surprise"
"maafla kite tak romantik mcm yang awak nak"
"eee.. kenapa awak asyik nak menang ek?, awak yang buat salah, awak taknak ngaku plak"

Jangan sesekali salah faham dengan pendapat saya. Bukan hendak galakkan pasangan membuat salah dengan semberono. Tetapi hanya untuk menggalakkan pasangan untuk meraikan kelemahan pasangan masing-masing, ambil masa untuk mengenali mereka, duduk dan cari jalan penyelesaian terhadap kelemahan yang ada. Paling penting, semaikan perasaan berani mengaku kesalahan atau kelemahan diri dan sentiasalah bersedia untuk berubah. Pihak satu lagi pula jangan lupa untuk sentiasa lapangkan dada untuk menerima permohonan maaf dan kesediaan mereka untuk berubah.

#aha #itsmylife #purelymyopinion

No comments:

Post a Comment