Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Friday, 10 April 2015

Baca dengan hati

Salam,
Baik. Kali ini saya nak menjelaskan sesuatu. Maka saya mohon, baca dengan hati. Maksudnya, tolong faham isi kandungan nukilan ini.

Hidup ini satu perjalanan panjang. Betul. Saya setuju!. Saya letakkan titik lahir saya sebagai titik A dan pengakhiran saya(husnul khatimah) sebagai titik B.

Sepanjang perjalanan kita pasti ada muatan yang kita bawa. Dalam kes ini, muatan yang saya maksudkan ialah tanggungjawab dan tugas. Maka di sepanjang perjalanan, pasti ada tugas yang perlu kita laksanakan atau selesaikan. Antara titik A dan B, ada beberapa titik lain (hentian) yang saya takrifkan sebagai fasa hidup. Antara hentian  yang kita akan lalui ialah fasa kanak-kanak, remaja, dewasa, rumah tangga dan sebagainya. Pada setiap fasa ini ada tugasan yang perlu kita selesaikan sebelum kita melangkah ke fasa seterusnya.
Faham setakat itu?  
Kalau belum faham, tolong hantar email dengan "pertanyaan" sebagai subjek email. In syaa Allah saya akan terangkan. Email: muhamadhanifkamail@yahoo.com 

Manusia ini ada batas keupayaannya. Sama seperti lori yang membawa muatan berat(sekadar perumpamaan). Berat lori dengan muatan (BDM) juga ada hadnya. Kalau lebih muatan yang dibawa, bermakna lori tersebut sukar bergerak atau lambat tiba ke destinasi. Jadi, saya juga ada batas keupayaan.

Kita ambil contoh fasa sekolah menengah. Tugas (muatan) yang saya perlu pikul ialah belajar dan pastikan sasaran saya tercapai. Jika saya menambah muatan saya dengan perkara lain, contohnya penglibatan kokurikulum. Saya terpaksa menggandakan keupayaan saya supaya dapat mengimbangi kedua-dua muatan yang saya pikul (dalam situasi lori tadi, perlulah ditambah kuasa enjin tersebut)

Walau bagaimanapun, sampai satu tahap kita terpaksa mengurangkan semula muatan yang kita bawa untuk memastikan kita tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan (contoh mudah, tingkatan 4 ramai pelajar akan mula melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum, tetapi di tingkatan 5 kebanyakan pelajar akan melupakan aktiviti luar kelas bagi memberikan fokus kepada SPM yang merupakan destinasi akhir mereka bagi fasa tersebut)

Boleh faham setakat itu?

Baik. Sekarang tiba fasa universiti. Situasi lebih kurang sama dengan fasa di atas tadi. Saya ada sasaran saya(Jurusan Perubatan) dan saya mesti pastikan saya berjaya mencapai sasaran tersebut. Nak dijadikan cerita, muatan yang saya pikul kali ini adalah yang paling berat dalam kalangan semua muatan yang ada. Maksudnya, satu muatan yang saya pikul ini sudahpun memenuhi ruang keupayaan saya. Tiada ruang lagi untuk saya menambah muatan lain. Namun begitu, saya masih juga mencuba untuk menambah muatan kecil yang lain(aktiviti kelab, persatuan dan lain-lain)di sepanjang fasa ini(tahun pertama dan kedua pengajian sahaja). Seperti biasa, saya kena tingkatkan kuasa enjin saya supaya mampu menampung muatan yang ada untuk terus bergerak, biarpun lambat dan perlahan.

Kini, saya ada beberapa tahun sahaja lagi. Muatan asal saya yang paling berat kian membesar(jurusan perubatan makin mencabar bermula tahun tiga dan ke atas). Berdasarkan keupayaan saya bergerak(lambat dan perlahan), saya tidak yakin akan sampai ke destinasi tepat pada masanya. Maka dengan itu, saya perlu mengurangkan muatan yang ada. Saya tinggalkan seketika semua yang ada demi memastikan saya dapat tiba ke destinasi dengan muatan paling berat saya pada waktu yang ditetapkan.

Baik. Sekarang mari kita analisis. Adakah patut saya tinggalkan muatan seperti itu? Apakah muatan-muatan lain itu tidak penting dalam hidup saya?

Begini. Pertama. Lihat di mana fasa saya berada sekarang. Maka, itu prioriti saya. Fasa universiti adalah fasa mengejar segulung ijazah. Maka itu 'main focus' saya. Tapi tidak bermaksud perkara lain seperti perkahwinan dan 'networking' itu tidak penting bagi saya. Cuma, saya bersikap realistik berdasarkan keupayaan diri saya. Ada perkara yang kita boleh buat sambil-sambil seperti membina 'networking' demi masa depan. Tapi dalam isu perkahwinan, ia terlalu serius bagi saya untuk dibuat sambil-sambil(sambil lewa). Maka saya putuskan, isu perkahwinan itu perlu ada satu masa khas untuk difikirkan.

Kedua. Muatan paling berat saya ini bakal menjamin kesinambungan perkara-perkara lain. Contohnya, tanpa masa depan yang terjamin(karier/pekerjaan) saya tidak mampu untuk melakukan perkara lain. Paling utama, isu perkahwinan. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk 'hold on' perkara lain. Supaya keseluruhan fokus saya itu pada muatan paling berat saya. Supaya bila selesai saya menghantar muatan tersebut, saya pantas dapat mengambil muatan kedua terberat saya iaitu perkahwinan. Saya tak mampu nak menukar muatan sedia ada. Jurusan ini yang saya pilih dan dengan jurusan inilah saya perlu tamatkan(ini perancangan saya, perancangan Allah saya belum tahu)

Ketiga. Tindakan saya mengurangkan muatan (atau dalam kes ini membuat keputusan untuk 'hold on') adalah di atas kesedaran saya bahawa, saya perlu menyelesaikan tugas ini(jurusan perubatan) terlebih dahulu sebelum saya boleh memberikan fokus kepada tugas lain dan memulakan hidup di dalam fasa lain. Ini membuktikan kepada kita, bahawa betapa saya serius dalam isu tersebut sehingga menimbulkan kesedaran kepada diri saya untuk mengambil keputusan yang sedemikian rupa. Cuba bayangkan kalau saya ini dungu dan bodoh. Langsung tidak timbul kesedaran bahawa saya tiada upaya untuk membawa semua muatan sekali gus. Tiada pula pelan perancangan untuk menguruskan semua muatan itu dengan baik. Apa yang akan jadi? Pasti lori membawa muatan saya samada terkandas di tengah jalan atau tiba ke destinasi selepas waktu yang ditetapkan. Entah-entah sepuluh tahun akan datang baru lori saya sampai.

Secara konklusinya, keputusan yang saya buat itu terkadang nampak betul pada fikiran saya saat itu. Tapi nampak kurang tepat pada pemikiran orang lain. Namun, pasti sesuatu keputusan itu dibuat dengan ada sebab musababnya. Maka inilah penjelasan bagi keputusan saya setakat ini. Kerana saya serius dan komited dengan perancangan hiduplah saya buat keputusan sedemikian. Supaya saya dapat beri fokus yang penuh pada fasa seterusnya dalam hidup saya.

Saya yakin ramai yang boleh membawa banyak muatan pada sekali perjalanan. Malah ibu bapa saya sendiri bergundi-gundi muatan dipikul sewaktu dalam fasa ini dahulu, tetapi itu mereka, bukan saya. Kapasiti saya memang setakat itu sahaja. Mungkin disebabkan saya jenis manusia yang memang fokusnya tertumpu. Diajar untuk fokus kepada "one thing at a time".

Saya juga jenis manusia yang memberi perhatian teliti kepada hasil/keputusan sesuatu perkara. Saya sedar kalau saya buat banyak perkara pada satu masa, keputusannya pasti tidak memberangsangkan. Dan itu saya tidak mahu. Tambah-tambah apabila perkara yang saya pandang serius.

Terima kasih kepada yang memahami. Kepada yang belum, belajar menerima kemampuan diri seseorang. Mungkin kita hebat, sebab itu kita mampu pikul banyak tanggungjawab. Tapi tak semua orang sehebat kita. Mereka ada kelemahan juga. Menerima kelemahan orang, adalah salah satu ciri kekuatan dalam diri kita. Atau mungkin kita sama hebat dengan mereka. Tapi jalan mereka pilih(atau Allah beri) lebih sukar berbanding jalan kita.

Kalau betul keputusan yang dibuat, sama-sama kita mudahkan mereka untuk realisasikan apa yang mereka rancangkan. Kalau kurang tepat, nasihatkan mereka atau beri cadangan yang lebih baik. 

Saya mohon ampun dan maaf andai disepanjang proses ini ada mengguris hati sesiapa. Terutama ratu hati hidup saya, mak, yang tak pernah penat cuba untuk memahami diri ini yang kian 'complicated'. Juga kepada yang merasakan diri ditinggalkan atau disisihkan sepanjang proses membuat keputusan ini. Tidak dilupakan kepada yang memberi semangat kepada saya tiap masa dan ketika. Sentiasa ada tidak kira apa masalah dan perkara. Saya minta maaf.


Perhatian: Nukilan ini berdasarkan keupayaan diri saya. Langsung tidak mewakili diri semua pelajar jurusan perubatan. Lain orang lain keupayaannya(lain lori lain kuasa enjin yang digunakan). Sebab itu saya hormati dan tabik kepada pelajar yang berkeupayaan besar. Mampu membawa banyak muatan besar dalam sekali perjalanan. 

In shaa Allah saya juga akan memperbaiki diri saya supaya kapasiti muatan saya lebih besar. Mana tahu masuk fasa seterusnya dapat membawa empat muatan besar sekali gus (sekadar gurauan kepada yang faham)

Nukilan ini tidak ditulis untuk membangkitkan sebarang isu kembali. Ini hanyalah penceritaan semula pada diri sendiri. Untung-untung ada yang dapat mengambil iktibar.

#nukilanhati #biarjaditeladan