Hauzan Muttaqin

Hauzan Muttaqin

Sunday, 24 April 2016

Salam,

Apa kau buat bila mimpi kau ada depan mata tapi kau tak boleh miliki.
Kau nangis?
Kau tak buat apa-apa.
Kau doa mohon diterima.
Kau usaha tapi tak pasti kesannya.

Kau si 'extraordinary'

#akumasihsetia? #naa 

Monday, 18 April 2016

Apa erti 'negara orang'?

Salam,

Hari ini merupakan hari pertama 'rural placement' saya. Tahun ini saya ditempatkan di Wingham. Sebuah perkampungan kecil tidak jauh(20 minit pemanduan) dari pekan Taree. Walau bagaimanapun, saya terpaksa menginap di pekan Taree disebabkan tiada penginapan yang bersesuaian di perkampungan kecil Wingham. Maka dengan itu, saya terpaksa berulang-alik Taree-Wingham setiap hari. Untuk yang belum pernah sampai, Wingham memang sebuah perkampungan kecil. Sebuah pasaraya, stesen minyak, dua barisan kedai yang dihuni oleh sebuah klinik, makmal ujian perubatan, farmasi, dua buah kedai runcit, sebuah kedai menjual daging(tidak halal) dan dua tiga buah kedai-kedai kecil menjual barangan buatan sendiri. Itu sahaja yang ada di perkampungan ini. 

Pemandangan di sekitar kampung ini amat menarik dan mendamaikan. Penduduk tidak begitu ramai. Kebanyakannya adalah petani, penternak, pengusaha kecil dan peladang yang mengusahakan tanah masing-masing. Amatlah sukar bagi saya untuk hidup di sini memandangkan tiada sumber halal yang dijual di perkampungan ini. Maka dengan itu, saya terpaksa membeli barangan mentah halal di pekan Taree untuk dibuat bekalan mengisi perut.

Di sini memang tiada penduduk muslim selain Hauzan Muttaqin. Maka jangan haraplah nak disediakan menu khas untuk saya di kedai makan atau 'cafe'. Menu makanan laut kebanyakannya agak mahal, boleh menjangkau $13 satu pinggan, lebih kurang RM45 satu hidangan. 

Hidup di sini memang mengajar saya erti berdikari. Bukan sahaja kena pandai memasak, tapi kena bersedia untuk mengubah resepi mengikut bahan-bahan yang terhad. Selain itu, kena pandai menguruskan diri dari segi penyediaan makanan dan pembahagian masa. Ini kerana, saya terpaksa menyediakan bekalan makan tengah hari untuk dibawa ke kampung Wingham sewaktu saya menjalani 'placement' di sana.

Apa pun, ini semua pengalaman bermakna buat saya. Banyak saya belajar untuk hidup sendiri. Maklumlah, dah tak lama nak ke fasa seterusnya dalam hidup. Kepada sesiapa yang ingin menguji kemahiran hidup berdikari, bolehlah datang ke sini atau mana-mana kawasan pedalaman Australia. Suasana yang tenang akan buatkan anda lebih fokus dengan diri sendiri.

p/s: Perkampungan Wingham ini tidak mempunyai liputan internet mahupun talian telefon bagi pengguna selain talian umum Telstra(Telekom Malaysia). Malang bagi saya yang merupakan pengguna Vodafone Australia. Memang terpaksa 'roaming' sewaktu di sini. Anda boleh bayangkan sendiri betapa dalamnya kawasan ini sehingga saya terpaksa 'roaming' biarpun masih di negara Australia.

#naa #ruralplacement #medico #survivalskills 

Sunday, 10 April 2016

Your Body is Wonderland

Salam,
Hey Kau,
Selalu memandangku,
Selalu mengejarku,
Apa sebenarnya
yang kau mahukan...

2016.
Memang tak pernah aku bayangkan bahawa aku akan hadapi sekali lagi saat sebegini. Setelah satu demi satu berakhir, yang tinggal hanya yang pasti. Namun belum benar-benar pasti. Ada alasan kuat disebalik permintaan aku untuk segera. Aku memang yakin bahawa yang segera itu dapat menghalang aku daripada melalui perkara seperti ini sekali lagi.

Suka? Aku lebih kepada buntu. Jika sebelum ini 'nekad' yang aku gunakan, tapi aku sedar bahawa nekad manusia itu tiada nilainya dibandingkan dengan 'takdir'.

Tapi kali ini berbeza. Tanpa ada latar belakang cerita, tanpa ada perasaan untuk mula. Tapi ia datang bagai angin laju tiba-tiba menghukum pantai. Laju sungguh hingga tidak sedar apa yang berlaku. Laju sungguh sampai aku sendiri kelu mengiring waktu.

Mohon benteng asal yang aku bina tidak roboh, jentera cinta lalu masih kukuh, angan dan impian lampau masih utuh.

Sekian,

#sajamerapu
#naa #hm